Rakyat Malaysia Boleh Ke UK Tanpa Jalani Proses Kuarantin

Rakyat Malaysia Boleh Ke UK Tanpa Jalani Proses Kuarantin 14 Hari

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermula 10 Julai ini, rakyat Malaysia boleh melawat England tanpa perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

BACA: United Kingdom Tubuh Pasukan Tentera Bagi Peperangan Dalam Talian

Malaysia antara negara Asia Pasifik yang dibenarkan kembali atau melawat England tanpa perlu melalui proses tersebut selain daripada Thailand, Singapura dan Vietnam kerana tersenarai antara negara berisiko rendah.

Antara negara lain yang dikategorikan sebagai berisiko rendah adalah New Zealand, Australia, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol, Itali dan Jerman.

Manakala negara yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi adalah Amerika Syarikat, Sweden, Mexico, Brazil, Rusia, Iran, India, Pakistan dan Bangladesh perlu menjalani proses kuarantin 14 hari terlebih dahulu.

Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) UK turut mendedahkan senarai lebih 70 buah negara yang dibenarkan untuk rakyatnya melawat berpandukan polisi yang ditetapkan oleh insurans pelancongan.

Biarpun Malaysia dibenarkan untuk memasuki England tanpa perlu menjalani proses kuarantin, daripada pihak kerajaan Malaysia sendiri masih lagi tiada kebenaran diberikan untuk rakyat Malaysia ke luar negara kecuali bagi kes-kes tertentu yang mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Rakyat Malaysia Boleh Ke UK Tanpa Jalani Proses Kuarantin 1
Sumber: Malaysia Reserve

Muhyiddin Yassin mengambil tindakan pantas dalam membendung penularan COVID-19 dengan menutup pintu sempadan negara selain daripada melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara beberapa hari selepas memegang tampuk pemerintahan.

Optimis dengan perkembangan semasa COVID-19 dalam negara yang semakin mencatatkan kes rendah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham memberitahu Malaysia sudah boleh membuka sempadan kepada enam negara zon hijau seperti Singapura, Brunei. Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Namun, keputusan akhir untuk gelembung perjalanan ini masih lagi belum ditentukan kerajaan. Setakat ini, perbincangan gelembung perjalanan bertumpu kepada pintu sempadan Malaysia-Singapura di Johor.

Sumber: Astro Awani