
Rakyat Indonesia Mula Lakukan ‘Pembelian Panik’ Susulan Dua Kes Positif Koronavirus Dicatatkan
Keadaan cuaca yang panas sudah semestinya membuatkan tekak anda sentiasa kering dan dahaga.
Ketika musim panas, kita mesti tercari-cari air untuk menyejukkan badan. Air kelapa antara yang popular untuk membasahkan tekak ketika cuaca panas.
Banyak khasiat yang terkandung dalam air kelapa. Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan mampu merendahkan kalori, rendah lemak, kaya vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan badan.
Antara khasiat air kelapa:
1. Dapat Kurangkan Berat Badan
Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, boleh diminum secara berlebihan.
2. Lambatkan Proses Penuaan
Mengandungi cytokinins dan asid laurik yang boleh meminimumkan penuaan sel-sel kulit, mengimbangi tahap PH, dan memastikan tisu-tisu penyambung (connective tissue) kuat dan terhidrat.
3. Bantu Penghadaman
Mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan.
4. Baik Untuk Kulit
Kulit jadi cantik berseri dan membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit.
5. Menurunkan Tekanan Darah
Ia mempunyai kandungan elektrolot yang mencukupi dan boleh digunakan untuk imbang semula kandungan elektrolit dalam badan.

Bolehkah minum air kelapa dengan ubat-ubatan?
Petua orang dahulu, jika sakit seperti demam digalakkan minum air kelapa.
Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit darah tinggi.
Penggunaan air kelapa dengan ubat anti-hipertensi mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.
Oleh sebab air kelapa mempunyai kandungan garam potasium yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu.
Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.
Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang biasa adalah selamat. Anda tidak perlu bimbang terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa.
Kini, pelbagai minuman air kelapa telah diolah seperti coconut shake, ais krim, ice blended dan banyak lagi tapi jika mahu yang berkhasiat, minumlah air kelapa tanpa gula.