page

Rakaman Situasi ‘Penjara Jin’ Yang Ditemukan Di Padang Pasir Yaman

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Buat pertama kalinya, satu lubang yang dikenali sebagai ‘telaga neraka’ atau juga dikenali sebagai ‘penjara jin’ di kawasan padang pasir Yaman dijelajahi.

Penjara Jin Yaman
Sumber: AFP

Sebelum ini lokasi berkenaan memang dihindari penduduk tempatan kerana bimbang ia menjadi rumah jin dan percaya jika ia didekati, akan membawa nasib buruk.

Dengan kedalaman 100 kaki dan memiliki keluasan sebesar 200 kaki, pasukan peneroka gua dari Pasukan Eksplorasi Gua Oman (OCET) telah meneruskan misi menjelajahi lubang besar ini.

Well-of-Hell2-770×578
Sumber: Muscat Daily

Salah seorang peneroka merupakan seorang profesor geologi di Universiti Teknologi Jerman di Oman, Mohammed al-Kindi mendedahkan lubang berkenaan dipenuhi ular namun ia tidak akan mengganggu orang awam kecuali jika mereka diganggu terlebih dahulu.

Di pintu lubang, pasukan peneroka menemui ular, bangkai haiwan dan mutiara gua. Dalam satu rakaman yang diberkan kepada media AFP, jelas menunjukkan keadaan gua berwarna kelabu dan hijau yang terbentuk daripada air yang menitis.

Sampel air, batu, tanah dan beberapa bangkai haiwan di ‘penjara jin’ Yaman ini dikumpulkan untuk dianalisis.Menurut Kindi, penemuan lubang yang dianggap berusia berjuta-juta tahun ini akan mengungkap keajaiban baru dan sebahagian daripada sejarah Yaman.

Selain daripada penemuan berkenaan, pasukan peneroka juga memberitahu mereka mencium sesuatu yang aneh dan keadaan itu sangat misteri.

BACA: Arkeologi Temui Tapak Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia Dalam Peradaban Chimu

Pada tahun 2014, Yaman dilanda perang saudara yang dasyat dan disifatkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai risis kemanusiaan terburuk di dunia dengan dua per tiga daripada 30 juta penduduknya bergantung kepada beberapa bentuk bantuan.

Sumber: Daily Mail