Rakam Kemalangan

Rakam & Viralkan Mangsa Kemalangan Yang Trauma, Normalisasi Yang Patut Dihentikan!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak terciptanya telefon pintar dengan fungsi tambahan untuk merakam foto dan video, orang ramai didapati semakin taksub membuat ‘perkongsian’ kononnya untuk menjadi yang terpantas menyampaikan berita.

Lebih keji, ‘wartawan’ tidak bertauliah ini langsung tidak menghiraukan perasaan orang lain atau meminta izin terlebih dahulu dari mangsa yang ditimpa musibah sebelum sengaja bertindak menyebarkan rakamannya itu supaya cepat-cepat jadi viral.

Perbuatan biadab, melampau dan tidak beretika seperti ini dilihat semakin dinormalisasikan dan ditegur oleh Wan Nur Syakira di Facebooknya berikut:

Rakam Kemalangan

HENTIKAN NORMALISASI MERAKAM DAN MEMVIRALKAN TANPA IZIN YANG DIRAKAM!

Saya ada menonton video suami yang meratap kerana tak dapat selamatkan isterinya yang terbakar. Memang meruntun jiwa.

Tapi kenapa ianya dirakam, disebarkan dan diviralkan?

Bagi saya, ianya bukan tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk mangsa.

Bukan adabnya dalam menyantuni mereka yang ditimpa musibah.

Andai saya (nauzubillah) menjadi mangsa dalam apa jua keadaan, saya tak izinkan reaksi ahli keluarga dan keadaan saya dirakam sebegitu rupa.

Hormatilah perasaan mereka yang ditimpa musibah. Kenapa disebarkan?

Fenomena merakam tanpa izin ini berleluasa dah sekarang.

Bayangkan perasaan suami yang tertengok video tersebut nanti? 😭

Boleh melihat kembali saat yang memedihkan hati.

Menyeksa jiwa nurani mangsa.

Bila ada yang terkena musibah,

Empatilah dengan mangsa.

Tenangkan mangsa.

Sepatutnya jangan sibuk merakam, tapi sibuklah menenangkan dan membantu.

Saya yang menonton selalu tertanya-tanya mereka yang merakam, bukankah lebih baik membantu?

Kalau tiada nak dibantu, janganlah merakam tanpa izin .

Orang tengah dilanda musibah, mana nak fikir halang orang rakam, dia sendiri dalam keadaan emosi tak stabil.

Saya pernah tengok video kejadian kepala air di Terengganu, menjerit suruh mangsa selamatkan diri.

Dia pula sibuk merakam mangsa yang ada ternampak aurat lengannya lalu video disebarkan pada tatapan umum.

Lagilah salah bila dah terdedah aurat orang lain.

Hentikan normalisasi merakam musibah orang lain dan disebarkan tanpa izin.

Tanyalah pada mangsa, ada ke yang rela dirakam videonya dalam kesusahan dan disebarkan.

Trauma ini bukan biasa-biasa.

Moga syurga buat isterinya dan moga Allah kuatkan suaminya.

BACA: Ini Apa Yang Sepatutnya Kita Lakukan Jika Berdekatan Dengan Mangsa Kemalangan

Sumber: Wan Nur Syakira