Rajah filem biopik Malaysia

‘Rajah’ Filem Biopik Malaysia Dari Hollywood

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah lagi filem biopik berlatarbelakangkan sejarah Malaysia iaitu Rajah. Jika anda menumpukan perhatian ketika belajar mata pelajaran Sejarah di sekolah dahulu, pasti anda mengenali seorang pemimpin bernama James Brooke.

Filem Rajah menumpukan perhatian tentang zaman pemerintahan James Brooke atau lebih dikenali sebagai Raja Putih Sarawak yang pertama. Sebelum negeri Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke, Sarawak pada asalnya adalah sebuah tanah jajahan hak milik penuh Kesultanan Brunei.

Maka bermulalah era pemerintahan Raja Putih di Sarawak sehingga tiga generasi selama seratus tahun. Kisah pemerintahan beliau diangkat ke layar perak yang dihasilkan sendiri dari poduksi Hollywood dan filem Rajah akan menjalani penggambaraan di Sarawak.

Walaupun filem ini datang dari produksi Hollywood, tiga pelakon tanah air bakal memainkan watak penting dalam filem Rajah itu. Penerbitnya, Rob Allyn berkata tiga aktor itu ialah Datuk Rahim Razali sebagai Sultan Brunei, Bront Palarae memainkan watak sebagai Penigran Indera Mahkota dan Shaheizy Sam membawa peranan sebagai Bubu, rakan Melayu seumur hidup Rajah Putih.

Rajah filem biopik Malaysia
Sumber: Star 2

Selain mereka, dua selebriti Sarawak iaitu Peter John dan Kahar Jimi turut akan berlakon bersama pelakon Indonesia, Atiqah Hasiholan yang akan membawa watak Fatima iaitu wanita yang diminati Brooke.

Watak Brooke akan dimainkan pelakon lelaki terbaik Manchester Film Festival 2018 iaitu Jonathan Rhys Meyers. Rhys Meyers terkenal dengan wataknya dalam The Tudors and Vikings, serta filem-filem seperti Velvet Goldmine, Bend It Like Beckham, Match Point dan Mission: Impossible III.

Sebenarnya, Hollywood telah lama menginginkan kisah Brooke diangkat menjadi sebuah filem dan akhirnya tercapai jua. Diarahkan pengarah popular Michael Haussman, penggambaran filem bakal bermula 24 September ini dan dijangka tamat hujung Oktober.

Sumber: Hollywood Reporter, Star 2

 

Jom saksikan Rambo: The Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/