Tonton Trailer Nobody

Rahsia Silam Ayah Terbongkar Demi Pertahan Keluarga, Tonton Aksi Padu Bob Odenkirk Dalam ‘Nobody’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nobody merupakan filem aksi thriller terbaharu daripada pengarah Ilya Naishuller dan penulis francais John Wick, Derek Kolstad.

‘Nobody’ mengisahkan seorang ayah Hutch Mansell (Bob Odenkirk) yang sering dipandang rendah dan cuba mengelak sebarang masalah yang dihadapinya.

Pada awalnya, kehidupannya aman seperti keluarga biasa yang lain. Namun, suatu hari rumah Hutch dipecah masuk pencuri namun dia tidak mempertahankan keluarganya dengan harapan dapat mengelakkan keganasan yang lebih besar. Hal itu membuatkan isteri dan anak kecewa dengan tindakannya.

Tonton Trailer Nobody

Selepas insiden itu, kehidupannya semakin memburuk sehingga membuatkan amarah Hutch yang selama ini tersimpan akhirnya membawa dirinya pada masa silam.

Dia berubah menjadi ganas dan bertindak kejam kerana perlu melindungi ahli keluarganya daripada musuh berbahaya dan menjaga maruah dirinya agar tidak dipandang hina lagi.

Filem Nobody bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Mei 2021. Tonton dahulu aksi padu Bob Odenkirk di bawah.

Jika anda berminat untuk menonton filem ini secara PERCUMA, jom sertai tayangan perdana ‘NOBODY’ dalam link ini.