Rahsia Korea Selatan Tangani Kes Jangkitan BaharuTanpa Perlu Perintah Berkurung 2

Rahsia Korea Selatan Tangani Kes Jangkitan Baharu COVID-19 Tanpa Perlu Perintah Berkurung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apa rahsia Korea Selatan dalam menangani kes jangkitan COVID-19?

Awal Mac lalu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in telah mengisytiharkan perang terhadap ancaman COVID-19 (tahap tertinggi merah) susulan kes jangkitan yang meningkat secara mendadak di negara itu.

Korea Selatan mencatatkan kes paling tinggi di luar China (pada ketika itu) dengan 5,186 kes dan 28 kematian menyebabkan semua agensi kerajaan diletakkan dalam mod kecemasan selama 24 jam bagi memantau dan membendung penularan wabak berkenaan di sana.

Selepas daripada tindakan pantas berkenaan, Korea Selatan berjaya mengawal kadar peningkatan kes jangkitan di sana selama empat minggu berturut tanpa perlu mengumumkan perintah kawalan pergerakan mahu pun perintah berkurung.

Apa rahsia Korea Selatan?

1. Suntikan dana kerajaan untuk ekonomi

Selepas daripada pengisytiharaan tersebut, Moon Jae-in secara pantas mengumumkan akan menyuntik lebih 30 trillion Wo (RM106 bilion) ke dalam ekonomi negara bagi menangani wabak berkenaan.

2.  Kemudahan klinik pandu lalu

Bagi membendung penyebaran tersebut, Korea Selatan melancarkan kemudahan klinik pandu lalu bagi membolehkan penduduk yang mengalami demam atau kesukaran bernafas menjalani pemeriksaan.

Sama seperti konsep drive thru, penduduk hanya perlu menyerahkan sampel cecair mereka untuk diperiksa pegawai perubatan bertugas yang cuma mengambil masa kurang 10 minit.

Rahsia Korea Selatan Tangani Kes Jangkitan BaharuTanpa Perlu Perintah Berkurung 1
Sumber: Time

Cara ini lebih mudah dan efektif kerana penduduk tidak perlu bersesak dan menunggu giliran di klinik yang mana terdapatnya kebarangkalian untuk mendapat jangkitan daripada pesakit lain.

Dalam tempoh masa sehari, satu drive thru mampu memeriksa lebih 100 orang penduduk setiap hari yang mana membawa kepada jumlah penduduk yang diuji dalam masa sehari ialah lebih 20,000 orang.

3. Penjarakkan sosial

Selepas daripada amaran itu, kerajaan serta merta telah melanjutkan cuti sekolah dan tadika di seluruh negara selama seminggu, meminta penduduk untuk mengelak daripada berhimpun dalam kelompok yang ramai selain daripada mengamalkan penjarakkan sosial dan memohon kerjasama agensi dan ketua untuk memeriksa suhu kakitangan dan pengikut.

4. Pemantauan ketat terhadap ketibaan dari China selama dua minggu

Disebabkan virus COVID-19 datangnya dari negara China, maka Korea Selatan telah meletakkan syarat serta pemantauan yang lebih ketat terhadap pelancong yang tiba dari China.

5. Mengenal pasti ndividu super spreader dengan cepat

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) telah mengenal pasti dan menyifatkan salah seorang daripada kes jangkitan sebagai super spreader atau pun penyebar utama kepada jangkitan berkenaan.

Digelar sebagai #Patient31, individu berkenaan telah menyebabkan lebih 40 yang lain positif COVID-19 (peningkatan mendadak) meskipun tidak mempunyai rekod keluar negara atau pun berhubungan dengan mereka yang dijangkiti.

#Patient31 telah mengunjungi Gereja Shincheonji di Daegu selama empat kali, dua kali sebelum menunjukkan simptom dan dua kali selepas mempunyai simptom sebelum disahkan postif dua hari kemudian.

Rahsia Korea Selatan Tangani Kes Jangkitan BaharuTanpa Perlu Perintah Berkurung

Jangkitan merebak dengan cepat akibat daripada amalan gereja yang memerlukan pengikutnya melutut serta memegang tangan mereka di sebelah selain daripada duduk dengan terlalu rapat dan saling bersentuhan.

Malah pengikut juga tidak dibenarkan memakai penutup muka dan diajar untuk tidak takut kepada penyakit.

6. Belajar dari kes MERS 2015

Merebak pada Mei hingga Jun 2015, Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) merupakan penyakit yang menyebabkan gangguan pernafasan pada mamalia termasuk manusia. Tergolong dalam kalangan keluarga virus korona, MERS telah menyebabkan 38 rakyat Korea Selatan maut dengan catatan kes positif seramai 186.

Namun kesemua langkah ini tak akan berjaya sekiranya TIADA KERJASAMA YANG BAIK DARIPADA PENDUDUK. Jika rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan dari 18 hingga 31 Mac, maka tak mustahil kes COVID-19 di Malaysia juga akan menjadi seperti di Korea Selatan.