Rahsia Kejayaan Malaysia Atasi Krisis Kewangan Asia 1997/1998 Tanpa Bantuan IMF

Wabak pandemik COVID-19 menyaksikan persekitaran ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak stabil, termasuklah Malaysia. Melihatkan kepada keadaan sekarang, apa kata kita imbas balik kejayaan Malaysia dalam mengatasi masalah krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997/1998.

Krisis Kewangan Asia 1997

Antara 1986 hingga 1996, Asia berjaya menarik hampir setengah daripada aliran modal negara membangun.

Tetapi Thailand, Indonesia dan Korea selatan memiliki current account deficitĀ dan pemulihan kecepatan pertukaran ditambat menggalakkan pinjaman luar dan menyebabkan keterbukaan berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing dalam sektor kewangan dan perusahaan.

Rahsia Kejayaan Malaysia
Sumber: The Big Chilli

Pada pertengahan Mei 1997, Thai Baht diserang secara besar-besaran oleh pedagang mata wang. Sebulan kemudian, Perdana Menteri Thailand pada ketika itu, Chavalit Yongchaiyudh telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menurunkan nilai Baht yang diikat.

Namun kekurangan rizab asing bagi menyokong ikatan mata wang USD dan Baht telah memaksa kerajaan Thailand mengapungkan Baht dan menyebabkan ekonomi Thailand yang sedang berkembang terhenti secara serta merta.

Impaknya, ratus ribu pekerja asing dan tempatan dalam bidang kewangan, hartanah dan pembinaan terpaksa dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bermula pada Julai 1997 di Thailand, krisis kewangan ini mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia.

Nilai mata wang Bhat susut dengan pantas dan hilang hampir separuh dari nilai asalnya. Stok pasaran Thailland pula jatuh sebanyak 75%. Malah syarikat kewangan terbesar di Thailand, Finance One juga terus jatuh bankrap.

Krisisi ini kemudiannya merebak ke negara Asia yang lain akibat daripada tindak balas berantai sehingga hampir melumpuhkan ekonomi Asia. Mata wang negara Asia Tenggara dan Korea Selatan pada ketika itu jatuh merosot teruk ditambah lagi dengan aset-aset yang lain.

Pelabur yang memberi pinjaman mula mengeluarkan sejumlah besar nilai pelaburan dari negara-negara terlibat menyebabkan keadaan masalah kredit menjadi lebih parah dan mendorong lebih banyak kebankrapan.

Negara paling teruk terjejas – Indonesia, Korea Selatan dan Thailand.
Negara yang minimal terjejas – Hong Kong, Malaysia dan Filipina.
Negara yang hampir tidak terjejas – China, Taiwan dan Singapura.
Negara yang minimal terjejas tetapi alami kesulitan ekonomi jangka panjang – Jepun

Rahsia kejayaan Malaysia tangani Krisis Kewangan Asia 1997/1998

Kesan daripada ini, negara ditekan daripada segi defisit akaun semasa, rizab asing yang rendah serta hutang luar yang menimbun.

Pakej bantuan pinjaman International Monetary Fund (IMF) diperkenalkan bagi memulihkan ekonomi negara, namun syarat-syarat di dalamnya boleh menyebabkan ekonomi dan sosial jadi lebih parah.

Enggan mengambil pinjaman IMF, pada tahun 1998, Malaysia di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad telah memperkenalkan sebuah model yang dijangka dapat menstabilkan semula ekonomi.

Krisis Kewangan Asia 1997 Rahsia Kejayaan Malaysia Mengatasinya 2

Antara kandungan yang terkandung dalam model tersebut ialah:

  1. Kadar faedah diturunkan bagi membolehkan syarikat dan pengguna kembali bernafas – meminjam, menambah pelaburan dan berbelanja.
  2. Menstabilkan kadar pertukaran mata wang. RM diikat pada 3.80 berbanding USD. Hasilnya polisi makroekonomi dapat dikuatkuasakan dan mengelakkan negara daripada menghadapi krisis perkhidmatan hutang.
  3. Tutup perdagangan RM di luar negara dan juga perdagangan saham Malaysia di Singapura. Hasilnya aktiviti spekulasi dalam mata wang dan saham tempatan dapat dihentikan.
  4. Kawal aliran modal oleh rakyat dan syarikat tempatan khususnya modal jangka pendek oleh orang asing dan rakyat tempatan.
  5. Tutup institusi kewangan yang sedang berdepan kesukaran dan umumkan jaminan terhadap deposit di bank dan syarikat kewangan. Hasilnya kewangan dapat distabilkan dan pendeposit lebih yakin dengan sistem perbankan negara.
  6. Penstrukturan dan permodalan semula sektor korporat dan perbankan bagi memulihkan mikroekonomi, antaranya dengan penubuhan syarikat pengurusan aset (Danaharta) bagi mengatasi masalah pinjaman tidak berbayar, dan agensi khas (Danamodal) bagi permodalan institusi kewangan bermasalah selain daripada penubuhan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat bagi penstrukturan semula hutang korporat.
  7. Hidupkan semula pelbagai sektor ekonomi yang terkesan.
  8. Kekalkan sesetengah polisi utama ekonomi dan sosial terutamanya dalam peraturan pemilikan aset asing, subsidi, kawalan harga, pengedaran dan kesimbangan dalam etnik komuniti tempatan.

IMF

Sekiranya Malaysia mengambil tawaran daripada IMF, kebanyakan polisi yang diperkenalkan IMF tidak dapat dilaksanakan kerana terikat dengan syarat-syarat IMF. Negara tidak akan mempunyai kebebasan untuk kuat kuasa sebarang pelan pemulihan kerana terikat dengan kuasa luar.

Krisis Kewangan Asia 1997 Rahsia Kejayaan Malaysia Mengatasinya

Biarpun Malaysia digelar sebagai radikal dan dikriitik kerana enggan menerima pinjaman IMF sehingga ada pihak yang meramal Malaysia akan bankrap, selepas melihat kepada hasil pakej modal di atas diperkenalkan, ramai yang memuji kebijaksanaan barisan pemimpin Malaysia pada ketika itu – termasuklah Anwar Ibrahim yang memegang jawatan Menteri Kewangan.

Krisis Kewangan Asia 1997 Rahsia Kejayaan Malaysia Mengatasinya 1

Hasil daripada strategi Malaysia ni, dunia kini mengiktiraf pendekatan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi. Malah IMF yang dahulunya memandang rendah kebolehan Malaysia kerana enggan menerima bantuan pinajaman mereka kini mengakui kebijaksanaan barisan kepimpinan negara dalam menanganinya.

Sumber: Illuminasi