Rahsia Di Sebalik Sistem Audio Yang Tak Pernah Gagal Di Masjidil Haram 7

Rahsia Di Sebalik Sistem Audio Yang Tak Pernah Gagal Di Masjidil Haram

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda terfikir bagaimana sistem audio di Masjidil Haram berfungsi?

BACA: Eksploitasi Air Zam-Zam Hukumnya Tetap Salah Di Sisi Syarak – Mufti

Sistem audio di masjid memainkan peranan yang penting kepada jemaah. Sekiranya sistem audio mengalami masalah, maka jemaah sukar untuk mendapatkan maklumat terutamanya apabila tibanya waktu solat.

Rahsia Di Sebalik Sistem Audio Yang Tak Pernah Gagal Di Masjidil Haram 6

Untuk surau dan masjid biasa, kemungkinan masalah pada sistem audio kerap berlaku. Namun pernah tidak anda terfikir mengenai sistem ini di Masjidil Haram yang tak pernah dilaporkan mengalami gangguan?

Bagaimana sistem audio di Masjidil Haram tak pernah berlakunya gangguan?

Masjid yang paling suci mengikut kepercayaan umat Islam yang terletak di Kota Mekah ini menjadi tumpuan berjuta-juta umat Islam setiap tahun tidak pernah sekalipun mengalami gangguan hatta daripada segi perubahan pada kekuatan bunyi.

1. Mikrofon

Mikrofon yang digunakan di Masjidil Haram bukanlah mikrofon yang biasa kita lihat di masjid-masjid lain.

Sebaliknya petadbiran masjid suci ini menggunakan ‘mikrofon bercabang tiga’ yang mana sekiranya mikrofon pertama mengalami gangguan, maka mikrofon kedua dan ketiga ada sebagai sandaran pengganti secara automatik.

Sistem Pembesar Suara Masjidil Haram
Sumber: Haramain

Ini menyebabkan peratusan untuk kegagalan berlaku adalah hampir mustahil – 0%.

2. Kakitangan

Di belakang sistem audio Masjidil Haram sahaja ada lebih kurang 50 orang kakitangan yang bertanggungjawab menjaganya.

Audio Masjidil Haram
Sumber: Haramain

Di seluruh kawasan Masjidil Haram, lebih daripada 6,000 biji pembesar suara ditempatkan menjadikan ianya sebagai salah satu sistem suara terbesar di dunia.

Sistem Pembesar Suara Masjidil Haram
Sumber: Haramain

3. Pengaturan suara

Setiap imam dan muazin memiliki suara dan nada yang berbeza.

Imam Masjidil Haram
Sumber: Haramain

Oleh itu bagi memastikan suara mereka jelas dan seimbang kedengaran di sekitar masjid, maka sistem audio dibuat dengan pengaturan suara yang sesuai dengan suara dan nada setiap seorang daripadanya.

Tonton bagaimana mikrofon dinaikkan di Masjidil Haram.

Sumber: Haramain