Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jenama Susu Jenama Farm Fresh 2

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jenama Susu Farm Fresh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jenama susu Farm Fresh sememangnya berbeza daripada jenama susu-susu lain yang berada di pasaran. Apa rahsia nya?

Keenakan dan rasa lemak susu Farm Fresh menjadikan susu tersebut mendapat perhatian lebih, lagi pula ianya adalah hasil produk tempatan Malaysia.

BACA: Farm Fresh Bakal Disenarai Syarikat Pengeluar Tenusu Pertama Negara Di Bursa Malaysia

Satu demi satu kejayaan dicatatkan Farm Fresh menjadikan syarikat pengeluar tenusu ini antaranya menjadi penaja rasmi rancangan Gegar Vaganza dan syarikat pengeluar tenusu pertama negara yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Apa rahsia di sebalik jenama Farm Fresh?

Tahukah anda, ianya diasaskan oleh Loi Tuan Ee, seorang warganegara Malaysia yang berasal dari sebuah bandar kecil di Perak.

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Susu Jenama Farm Fresh
Sumber: Press Reader

Beliau yang sangat mencintai alam amat memandang tinggi bidang agrikultur telah mengambil keputusan membeli sebidang tanah di Johor dan mengimport lembu baka Holstein Jersey dari Australia.

Loi kemudiannya mengambil keputusan untuk membina syarikat The Holstein Milk Company selepas melihat banyak jenama Malaysia menjual produk berasaskan susu tepung.

Namun perjalanan tidak semudah yang disangka.

Susu yang diuji rendah kualiti menyebabkan beberapa kali produk mereka gagal. Ujian kualiti susu adalah penting bagi memastikan susu tersebut sedap, selamat dan baik untuk digunakan.

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jenama Susu Jenama Farm Fresh 1
Sumber: Astro Awani

Loi kemudiannya mengajak Azmi Zainal menjadi rakan perniagaannya (kini sudah bergelar Ketua Pegawai Operasi di Farm Fresh) bagi membantu beliau membina semula struktur perniagaannya.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/ramai-mungkin-tidak-tahu-bahawa-susu-jenama-farm-fresh-sebelumnya-milik-100-mala/10156261748555952/

Bermula daripada itu, Loi mula mengetatkan ujian kualiti susu dengan memastikan peralatan dan teknologi dapat memenuhi keperluan supaya susu yang dikilangkan berkualiti tinggi.

Dengan kesungguhan dalam menghasilkan susu berkualiti tinggi, Loi akhirnya berjaya membina satu empayar jenama susu tempatan yang berkualiti tinggi yang berdiri sama rata dengan produk tenusu luar negara.

Mempunyai dua kilang yang beroperasi di Bandar Muadzam Shah, Pahang dan di Larkin, Johor, kapasiti pengeluaran kilang mencecah 12 juta liter setahun dengan anggaran satu juta liter sebulan.

Tahun lalu, tular mengenai kisah pemilik susu Farm Fresh yang bukannya milik Muslim. Pada ketika itu, Azmi telah memuat naik satu hantaran di laman Facebook beliau yang menjelaskan perkara tersebut.

“Untuk makluman semua Farm Fresh Sdn Bhd dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Company Sdn Bhd. Dalam syarikat Sdn Bhd ia dimiliki oleh beberapa shareholder atau pemegang saham dan mempunyai ahli lembaga pengarahnya yang dipertanggungjawabkan mengawal selia operasi syarikat.

Antara pemegang saham THMC ialah Khazanah, Mr Loi, saya dan beberapa rakan lagi. Loi sebagai CEO, saya sebagai COO dan kini kami dibantu oleh saudara Ganesh sebagai CFO. Kami saling melengkapi dan berusaha bersaing dengan syarikat asing demi membangunkan industri tenusu negara.

Dalam kami mengembangkan perniagaan kami berkongsi peluang dengan masyarakat setempat, kami wujudkan peluang pekerjaan seramai 634 orang dan 70% Melayu. Datanglah ke ladang kami, datanglah ke kilang kami di Muazam. Ramai anak-anak kampung dan Felda bekerja di sana.

Kami beri peluang niaga pada 540 keluarga sebagai HD yang dapat pendapatan RM1000 hingga RM3000 sebulan. Pergilah ke bazar Ramadan, lawatlah di pasar malam dan jenguklah media sosial bagaimana mereka ini kami latih berusaha meningkatkan taraf hidup.

Nasihat saya tak payahlah kita rasis, yang sebaiknya kita bina hubungan baik sesama kita. Kerana kita ditakdirkan di lahirkan di dalam negara berbilang bangsa akan hidup bersama dan tidak usahlah kita berpolitik sepanjang masa dari yang atas sampai yang di bawah.

Bangkitlah berusaha untuk merubah nasib kita. Biarlah ahli politik yang berpolitik, mereka memang sudah kaya, tapi kita ada mulut yang perlu disuap ada hutang yang perlu dibayar ada anak yang mahu bersekolah. Hanya kita yang boleh mengubah nasib kita.”