QSR Berhasrat Jual KFC Dan Pizza Hut Malaysia Dengan Harga RM6 Bilion

Daripada satu sumber dalaman, pekerja QSR mendedahkan bahawa QSR Brand (M) Holdings (QSR) berhasrat untuk menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut di Asia Tenggara dengan harga sekitar RM6 bilion (USD1.4 bilion).

Maklumat bersifat peribadi ini mendedahkan bahawa cadangan tersebut adalah disebabkan masalah ekonomi Malaysia yang perlahan dan kurang memberangsangkan di Asia Tenggara.

Pemegang saham utama syarikat Malaysia termasuk firma ekuiti swasta CVC Capital Partners juga sedang menjalinkan kerjasama dengan seorang penasihat untuk menilai kepentingan daripada pembeli berpotensi untuk kepentingan mengawal dalam QSR.

KFC Pizza Hut Malaysia Dijual 1

Walau bagaimanapun, pelabur-pelabur QSR telah meminta agar tawaran tidak mengikat untuk diserahkan pada akhir November ini.

Pemegang saham juga memutuskan untuk meneruskan penjualan saham dan bukannya menghidupkan kembali penyenaraian yang berpotensi seperti yang dirancang sebelum ini selepas pasaran lemah membawa kepada kekurangan tawaran awam permulaan di Malaysia.

Saham terbesar KFC Malaysia majoritinya dimiliki sebanyak 51% oleh Johor Corporation, manakala 25% lagi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Untuk pengetahuan anda, setakat ini sebanyak 830 buah cawangan restoran KFC telah dibuka di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja manakala restoran Pizza Hut pula telah dibuka sebanyak 470 buah di Malaysia dan Singapura.

Sumber: Sinar Harian

 

Kemunculan Stan Lee dalam filem MCU pastinya dirindui.

STAN LEE – MCU Cameo (2008-2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.