
Putus Tunang, Apa Yang Boleh Anda Tuntut Di Mahkamah?
Setiap ikatan pertunangan yang diikat mestilah diimpikan untuk ke jinjang pelamin. Namun siapa kita untuk menolak jika urusan jodoh bersama pasangan tidak panjang. Seorang peguam, Fahmi Ramli pernah berkongsi sekiranya putus tunang ada hak yang boleh anda tuntut di mahkamah.

Pertunangan merupakan satu perjanjian sama ada secara bertulis atau pun lisan untuk melangkah ke arah perkahwinan. Semasa tempoh bertunang, adalah haram untuk orang lain mengikat pertunangan bersama pihak perempuan.
Tuntut Ganti Rugi Putus Tunang Di Mahkamah Syariah
Dalam undang-undang keluarga Islam, setiap negeri ada diperuntukkan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan Ganti Rugi Perkahwinan.
Mana-mana pihak yang mungkir janji untuk berkahwin bertanggungjawab untuk memulangkan:
- pemberian pertunangan (jika ada)
- memulangkan nilainya
- membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan tersebut
Jadi, pihak yang diputuskan pertunangan boleh melakukan tuntutan ganti rugi yang telah beliau tanggung untuk membuat sebarang persediaan ke arah perkahwinan termasuklah majlis pertunangan.
Saman Malu
Di Mahkamah Syariah hanya tuntutan ganti rugi perkahwinan yang berbentuk perbelanjaan termasuklah untuk majlis tunang sahaja boleh anda tuntut di mahkamah.
BACA: Duit ‘Hilang’ Dari Bank? Ini Penyelesaian Mudah Tanpa Perlu Ke Mahkamah Dan ‘Zero Cost’
Sekiranya mahu melakukan saman malu (ganti rugi am) kerana aib atau malu, tohmahan masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan perasaan akibat putus tunang boleh dibuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil).
Contoh Tuntutan Mahkamah Syariah
- belanja kenduri kecil-kecilan
- baju pengantin termasuklah solekan
- kad jemputan
- bayaran katering
- pengubahsuaian rumah (bilik tidur dan sebagainya)
- bayaran jurugambar
Undang-Undang Sivil
Undang-undang sivil menyediakan peruntukan yang jelas terhadap hak-hak wanita di dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin.
Ianya meliputi hak wanita untuk mendapatkan gantirugi berbentuk kewangan dan bukan kewangan termasuk tuntutan pemilikan hak hadiah-hadiah pemberian semasa pertunangan.
Undang-undang sivil juga memberi peluang kepada pihak lelaki untuk membuat pembelaan bagi kes mungkir janj perkahwinan. Hujah pembelaan akan merangkumi salah nyataan fakta, ketakupayaan fizikal atau mental dan ketakupayaan sendiri.
Sekiranya pihak lelaki tidak berkeupayaan daripada segi fizikal dan mental, ianya boleh menjadi hujah pembelaan untuk membatalkan perkahwinan.
Trending now



