
Putri Ariani, Penyanyi Istimewa Indonesia Yang Gegarkan Hati Simon Cowell America’s Got Talent
Penyanyi remaja cacat penglihatan Indonesia, Putri Ariani, dengan mudah memenangi hati empat hakim dalam siri realiti TV popular, America’s Got Talent (AGT) ketika uji bakatnya berlangsung.
Menurut USA Today, penyanyi serta penulis lagu berusia 17 tahun yang mempersembahkan lagu asal miliknya bertajuk ‘Loneliness‘ sambil memainkan piano telah membuat Simon Cowell segera menekan Buzzer Emas.
Artikel berkaitan:
-
Peserta Buta Dan Autistik, Kodi Lee Juara America’s Got Talent Musim Ke-14
-
‘Manusia Kalkulator’ Rangkul Naib Juara Asia’s Got Talent Musim 3
-
NAMA Dan ‘Human Calculator’ Bakal Berentap Di Pentas Akhir Asia’s Got Talent
Hakim yang yang sangat terkenal dengan komen tajamnya, berlari ke pentas untuk berbisik ke telinga penyanyi itu meminta beliau membuat persembahan encore.
Putri Ariani menerima permintaan tersebut dan membuat persembahan lagu hit klasik Elton John, Sorry Seems To Be The Hardest Word.
Penyanyi itu kemudian mendapat tepukan gemuruh dari hakim dan penonton.
Pengesahan Buzzer Emas oleh Cowell akan memperlihatkan Putri Ariani maju ke segmen Live Show yang akan diadakan di Hollywood Dolby Theater di Los Angeles, USA.
Video persembahannya semasa segmen uji bakat mula menjadi tren di saluran YouTube rasmi AGT dan telah mengumpul lebih dari 5.6 juta tontonan dengan hampir 53,000 komen yang memuji persembahan dan bakatnya.