
Putera Mahkota Arab Saudi Punca Ulama Lancar Gerakan #BoycottHajj
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman (MbS) semakin dibenci rakyat Arab Saudi kerana dilihat cuba mereformasikan Arab Saudi dengan reformasi liberal serta menyalah guna hak asas kerajaan Arab Saudi.
BACA: Nicki Minaj Cetus Kontroversi, Bakal Adakan Konsert Di Jeddah
Jumlah kematian orang awam yang dibom mati di Yaman, penyembelihan Jamal Khashoggi di Konsulat Saudi di Istanbul dan pendekatan agresif Riyadh terhadap krisis Iran menyebabkan beberapa sekutu Sunni Arab Saudi menimbang semula sokongan mereka kepada kerajaan Arab Saudi.
Akhir April lalu, ulama Sunni Muslim, Mufti Besar Sadiq Al-Ghariani menyeru umat Islam supaya memboikot ibadah haji ziarah dengan dakwaan, ‘sesiapa yang melakukan haji kali kedua sedang melakukan dosa daripada perbuatan baik’.
Alasan seruan itu adalah kerana dengan melakukan ibadah haji, Muslim seakan menyokong dan menyumbang kepada ekonomi Arab Saudi seterusnya mendorong kepada pembelian bahan senjata dan serangan kepada Yaman, Syria, Libya, Tunisia. Sudan dan Algeria.
Beliau bukanlah ulama yang pertama menyokong boikot tersebut. Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama Sunni dan pengkritik Arab Saudi mengumumkan fatwa mengharamkan haji (bukan haji kali pertama) Ogos tahun lalu dengan kenyataan,
“Melihat kaum Muslimin memberi makan orang lapar, merawat orang sakit dan menolong orang-orang yang tidak mempunyai rumah adalah lebih dilihat baik oleh Allah berbanding membelanjakan wang pada haji.”
Arab Saudi bukan hanya dikenali sebagai sebuah negara Islam, tetapi juga disebabkan oleh kemampuan politik dan ketenteraannya. Sebagai rumah kepada dua lokasi kota suci iaitu Mekah dan Madinah, Arab Saudi menjadi kawasan lawatan umat Islam seluruh dunia.
Untuk musim haji sahaja, lebih daripada 2.3 juta umat Islam yang mengunjungi Arab Saudi bagi melakukan ibadah.
Kekejaman kerajaan Arab Saudi ini telah menimbulkan kekecaman global secara berterusan. Di Twitter tanda pagar #boycotthajj telah dilancarkan sebagai tanda sokongan menolak pemerintahan liberal Arab Saudi.
Para ulama Sunni menjelaskan pemboikotan tersebut bukanlah mahu menghalang umat Islam mengerjakan ibadah di dua kota suci itu sebaliknya tidak mahu dana yang dijana daripada aktiviti ibadah itu digunakan untuk kerajaan Arab Saudi ‘membunuh’ rakyat dengan lebih ramai lagi dan tidak digunakan untuk membantu umat Islam miskin di seluruh dunia.
Walaupun rukun Islam haji adalah salah satu dalam rukun Islam, panggilan memboikot itu sebenarnya ditujukan kepada kerajaan Arab Saudi, agar dapat memerintah dengan lebih telus.
Sumber: Foreign Policy