
Putera Arab Saudi Terlibat Dalam Penggodaman Telefon Bimbit Pemilik Amazon – Sumber Dalaman
Beberapa hari ini, isu telefon bimbit pemilik Washington Post, Jeff Bezos digodam menjadi sebutan hangat. Yang menambahkan lagi kehangatannya ialah individu yang dikatakan menggodam telefon bimbit milik beliau ialah Putera Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman (MBS).
Menurut siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telefon bimbit Jeff yang diceroboh pada 2018 melalui pesanan mesej WhatsApp itu dipercayai daripada akaun milik Putera Mahkota MBS.
Penggodaman itu membawa kepada penyedutan sejumlah besar data termasuklah penyebaran foto serta mesej intim milik Jeff sehingga membawa kepada penceraian rumah tangga beliau.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1619861774813699
Menurut laporan analisis forensik digital, pesanan rahsia daripada nombor Putera Mahkota MBS mengandungi fail berbahaya yang menjangkiti telefon Jeff.
BACA: Arab Saudi Benarkan Pelancong Lelaki Dan Wanita Bangsa Asing Berkongsi Bilik Hotel
Kedutaan besar Arab Saudi menerusi laman Twitter menafikan sekerasnya perbuatan itu dan mendesak agar siasatan dijalankan untuk semua dakwaan berkenaan.
Recent media reports that suggest the Kingdom is behind a hacking of Mr. Jeff Bezos' phone are absurd. We call for an investigation on these claims so that we can have all the facts out.
— Saudi Embassy (@SaudiEmbassyUSA) January 22, 2020
Walau bagaimanapun, salah seorang daripada pegawai kerjaan Saudi yang rapat dengan Putera Arab Saudi, Putera Mahkota MBS mendedahkan beliau mengetahui rancangan untuk menggodam telefon pntar milik Jeff.
Langkah ini dikatakan sebagai kempen menentang Jeff yang juga merupakan majikan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi yang mati dibunuh pada tahun yang sama di konsulat Arab Saudi di Istanbul selepas beberapa bulan penggodam itu berlaku.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi telah mengumumkan untuk pertama kalinya pelancaran visa pelancongan baharu ke Arab Saudi kepada 49 buah negara.
Berhubung dengan perkara tersebut, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan pelonggaran beberapa perkara antaranya pelancong wanita tidak lagi diwajibkan memakai abaya tetapi memerlukan pemakaian secara sopan.
Sumber: The Guardian, The Daily Beast, Berita Harian