Puspakom Adakan Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma Sempena Tahun Baru Cina

Periksa Kenderaan Percuma Puspakom 2020
Sumber: Careta

Menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan menganjurkan Kempen #drivesafenoregrets iaitu Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma bagi pemilik kenderaan persendirian.

Kempen ini dijalankan selama 11 hari bermula 11 hingga 21 Januari 2020, dibuka di semua Pusat Pemeriksaan Kenderaan Puspakom (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang yang dikhaskan untuk kenderaan berat sahaja) sepanjang waktu operasi di cawangan masing-masing.

Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom juga akan menawarkan pemeriksaan percuma di lokasi terpilih dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Orang ramai digalakkan untuk memeriksa kenderaan mereka secara percuma sempena kempen ini seperti mana tetera di lokasi dan tarikh yang berikan di bawah:

1. Taman Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2020
2. Dataran Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 14 Januari 2020
3. Tesco Extra Ampang (parkir blok B) pada 18 Januari 2020
4. Insa Dunia Food Court Car park, Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 22 Januari 2020
5. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Alor Setar, Kedah pada 23 Januari 2020

Periksa Kenderaan Percuma Puspakom 2020
Sumber: FB Puspakom

Program itu memberikan bacaan dan laporan prestasi 25 item pemeriksaan kenderaan seperti keadaan tayar, gelincir sisi, suspensi, pelepasan asap, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan dan pemeriksaan cermin gelap.

Dengan program, orang ramai jangan lepaskan peluang kerana fi sebenar Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela itu adalah RM50 bagi sebuah kenderaan namun sepanjang tempoh kempen berlangsung, tiada bayaran dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-800-88-6927 atau layari laman web www.puspakom.com.my atau Facebook Puspakom Sdn Bhd.

Sumber: Puspakom