Pusat Kuarantin MAEPS Bakal Terima Pesakit Bermula Minggu Ini 2

Pusat Kuarantin MAEPS Bakal Terima Pesakit Bermula Minggu Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dijangka bakal menerima pesakit bermula pada minggu ini, pusat kuarantin MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang) kini sudah dilengkapi dengan penapis air, rangkaian jalur lebar serta beberapa lagi kemudahan lain buat penghuninya.

https://www.facebook.com/maepsserdang/posts/2830069017071315?__cft__[0]=AZXGWXmxe-owrOB-sMp9RUR_7dPi5BJZCkjiiaeJvatastp-bujyOrAGEsUG3dGZT6-9P1DpipX5uwSYwPWZBXkr2LOPyq3Su0PfdgzL7dg9kPIO8etUVVke8rruOkOnLWEP4XXO7Jr-zmEiyDeVytFFPcF3PJWmkn6kd0Lds32Rw6T4FLz9XCtMsoLDssEHwRC8UXf4lLpw6lWKkWeM822whAJhcQ8L70OF5bAa1ip7vg&__tn__=%2CO%2CP-R

https://www.facebook.com/myTMgroup/posts/514776719212364

Pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah ini akan menerima pesakit dari sekitar Lembah Klang, Melaka dan beberapa kawasan di Perak.

11 April lalu, FMT melaporkan persediaan menukar ruang MAPES kepada pusat kuarantin kini sudah mencecah 95% dan menanti untuk dibuka kepada pesakit sahaja.

Pusat Kuarantin MAEPS Bakal Terima Pesakit Bermula Minggu Ini
Sumber: Syahril A. Kadir

Berdepan dengan cabaran mendapatkan bahan bekalan daripada kontraktor berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mardi COrp, Zaidi Shahrim memberitahu pusat berkenaan dapat disiapkan hanya dalam tempoh empat hari dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara), bomba dan beberapa syarikat lain.

Akan menyediakan fasiliti sama seperti kemudahan yang ada di hospital, ruangan tersebut dilengkapi dengan katil, ruang mandi, bilik persalinan, tandas, ruang istirehat dan sebagainya.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1874191682714039?__cft__[0]=AZV3S2TsjxaKb6ZLs2t7eVnzuKYqbyJxRIDC3sx-MvttI8MkRzFa-wqGnVUlzvNtFzbbaeeK1tNhxyMEDOJCaG-EHY7gm-YL5F5Ar5nAkBWbpWfoWYbk1aLqjK4uX07jK005i-Tnx4szKheTXEELOaqnPp7YcCI86J-M_LFulnzqLg&__tn__=%2CO%2CP-R

Bukan sahaja menyediakan perkhidmatan rawatan COVID-19, pusat kuarantin MAEPS turut menyediakan perkhidmatan ambulans, klinikal, farmasi, X-ray, makmal patologi, serta ruang resusitasi untuk menstabilkan pesakit dalam keadaaan kecemasan.

BACA: China Siap Bina Hospital Koronavirus Kedua Dalam Tempoh 8 Hari

Mampu menampung 600 pesakit dalam satu-satu masa, ini semua dapat dilaksanakan dengan penyelerasan kerjasama daripada Nadma, KKM, tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.

Sumber: Berita Harian, FMT