Pusat Kuarantin Sabah Daif

Pusat Kuarantin Di Bangi Bertaraf Hotel Tapi Di Sabah Kelihatan Daif

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa tempat di negara ini telah dijadikan pusat kuarantin sebagai persediaan untuk menempatkan pesakit COVID-19 jika jumlah kes positif wabak itu terus meningkat.

Seperti di Selangor, kerajaan negeri ini telah memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta untuk operasi Stesen Kuarantin Negeri Selangor. Stesen berkenaan akan digunakan untuk penempatan kluster tabligh serta rakyat Selangor yang baru pulang dari luar negara.

Bagaimana keadaan pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan?

Mungkin pada awalnya kita membayangkan keadaan yang suram dengan kemudahan terhad. Bagaimanapun, seorang penulis Street Dakwah Ali Russia menceritakan suasana pusat kuarantin yang didiaminya di ILKAP, Bangi.

Katanya, kemudahan yang disediakan bertaraf A+ kerana teratur dan bersih. Antara fasiliti yang disediakan di pusat kuarantin ini:

1. Setiap seorang disediakan satu bilik
2. Makan pagi, tengah hari, malam dan minum petang disediakan dengan dihantar dari bilik ke bilik.
3. Pakaian bersih seragam pesakit COVID-19 yang disediakan setiap hari.
4. Setiap katil disediakan bantal, tilam dan selimut putih yang bersih.
5. Setiap hari Pegawai Kesihatan akan memeriksa tahap kesihatan secara jadual berkala dari bilik ke bilik atau pun akan ditelefon secara peribadi untuk ke Stesen Kesihatan di dalam pusat kuarantin.
6. Pakaian harian yang kotor juga akan dimasukan kedalam plastik khas bewarna merah dan akan disealkan dan diletak diluar bilik untuk ambil oleh staf bagi tujuan dobi dan pembersihan.

Pusat Kuarantin Sabah Daif
Sumber: FB Ali Russia

Ini menunjukkan pihak kerajaan sangat prihatin dan mencuba sehabis baik untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Meskipun begitu, keadaan pusat kuarantin di Sabah amat berbeza seperti yang dipaparkan di atas. Kemudahan asas dan tahap kebersihan di beberapa pusat kuarantin di negeri itu tidak mencapai piawai, akui Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Frankie Poon.

Beliau berkata demikian selepas tular klip video yang memaparkan keadaan dan tahap kebersihan yang menjadi keluhan pihak yang dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin.

Dalam klip video terbabit, keadaan tandas yang kotor di rakamkan di Pusat Pendidikan Daerah Penampang.

Pusat Kuarantin Sabah Daif

“Kami mendapati beberapa kemudahan itu tidak sesuai, terutamanya kemudahan tandas. Kami sedang membaiki dan membersihkan beberapa pusat kuarantin,” katanya.

Ini termasuklah pusat kuarantin di Akademi Bomba di Sepanggar, Institut Latihan Kementerian Kesihatan di Bukit Padang dan Politeknik Kota Kinabalu.

Beliau berkata semua 28 premis yang diwartakan pusat kuarantin adalah bangunan pentadbiran persekutuan, termasuk kuarters untuk jururawat dan bomba.

Katanya, kerajaan negeri sedang berusaha untuk memasang wifi, meningkatkan kualiti makanan dan menyediakan cerek bagi semua orang yang menjalani kuarantin. Namun, untuk mereka yang mahu menjalani kuarantin di hotel, kerajaan negeri turut menyediakannya tetapi kos perlu ditanggung sendiri termasuk makan dan minum.

Persoalannya, mengapa terdapat perbezaan suasana pusat kuarantin di dua buah negeri ini sedangkan kedua-duanya disediakan kerajaan persekutuan?

Sumber: Ali Russia, MalaysiaKini