Pusat Kegiatan Syiah Dikatakan Semakin Bercambah Di Selangor

Syiah Di Selangor Semakin Bercambah
Sumber: CempedakCheese

Dalam pada kita sibuk mengikuti perkembangan wabak terbaharu yang mula merebak di beberapa negara termasuk Malaysia, sebenarnya ada ‘wabak’ lain yang patut kita prihatin.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan bahawa gerakan ajaran Syiah di negeri tersebut dilihat semakin serius dan membimbangkan dengan percambahan pusat kegiatan ajaran itu.

Menurut Pengerusinya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkara jika dahulu dapat dikesan hanya dua atau tiga pusat kegiatan ajaran Syiah, tetapi kini semakin bertambah kepada 14 atau 15 pusat di beberapa kawasan seperti Puchong, Gombak dan Klang.

Menurut sumber, percambahan pusat kegiatan itu dipercayai wujudnya bantuan daripada pihak tertentu untuk mengembangkan kegiatan dan aktiviti sambutan bagi ajaran itu pada hari tertentu.

Syiah Di Selangor Semakin Bercambah
Sumber: Sinar Harian

Bahkan, penyebaran ajaran Syiah dalam media sosial juga menjadi satu cabaran untuk MAIS mengekangnya dan memberi kesukaran kerana pengikut ajaran itu sukar dikesan kerana mereka tidak akan mengaku secara terang-terangan selain amalan mereka juga tidak banyak perbezaan daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Siapakah yang menjadi dalang bagi penyebaran ajaran ini masih tidak dapat diketahui dan dilihat mereka berusaha menimbulkan kekeliruan masyarakat Islam di negara ini.

Sumber: Harian Metro