Kematian Adib Akibat Jenayah

Punca Kematian Adib Akibat Jenayah Sekumpulan Individu Tidak Dikenali

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pagi ini (Jumaat), perkarangan Kompleks Mahkaamah Shah Alam dibanjiri wakil media daripada pelbagai agensi dan orang ramai untuk mengetahui keputusan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengumuman keputusan mendapati kematian anggota bomba itu berpunca daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Kematian Adib Akibat Jenayah
Sumber: Perak Today

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Sumber: Sinar Harian