India Henti Eksport Gandum Kesan Pada Malaysia

Punca India Henti Eksport Gandum Dan Kesan Pada Dunia Serta Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Laporan terkini memaklumkan kerajaan India menghentikan eksport gandum sebagai usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negaranya susulan kenaikan mendadak dalam harga bijiran global.

Selepas tercetusnya pencerobohan Russia ke atas Ukraine, India menjadi negara pengeluar gandum kedua terbesar dunia dan dianggap sebagai negara yang dapat membantu menampung kekurangan bekalan global.

Apa sebenarnya yang terjadi menyebabkan India mengumumkan keputusan larangan eksport gandum?

Bagi yang masih cuba memahami krisis yang berlaku ketika ini, seorang pengguna laman sosia Twitter, Shaqib Shahril telah berkongsi secara ringkas apa yang terjadi dan kesannya pada dunia serta Malaysia.

India Henti Eksport Gandum Kesan Pada Malaysia

Gelombang panas terik

Apabila konflik Rusia-Ukraine berlaku, rantaian bekalan gandum dunia merencat (market disrupt). Maka, India membuat langkah kanan.

Mereka mengisi jurang dan melebarkan sayap ke Nigeria, Turkey, Mesir, Vietnam, Tanzania, Morocco, Tunisia, Indonesia dan Filipina.

Sebelum ini, pasaran tradisional eksport gandum mereka adalah Bangladesh, Oman, Qatar, Sri Lanka dan beberapa Timur Tengah.

Maka, unjuran pengeluaran India berubah daripada menyasarkan pengeluaran sekitar 10 juta tan gandum bagi 2022 kepada sekitar 12-15 juta tan buat 2023.

Namun, segalanya berubah, gelombang haba tiba di India dan menyebabkan eksport gandum jatuh.

Dapatan Jabatan Meteorologi India mendapati suhu India sekitar 45 °C melebihi purata.

India Henti Eksport Gandum Kesan Pada Malaysia

Selain daripada gandum, kesan haba ekstrem turut menjejaskan hasil penanaman lain, kejadian lebih 300 ekor burung mati, tasik glasier di Pakistan cair sehingga menyebabkan Jambatan Hassanabad runtuh, penutupan sekolah dan kekurangan bekalan elektrik.

Apabila keadaan terik berterusan daripada Mac hingga kini, ia telah menyebabkan berlakunya inflasi runcit (penanaman, sumber makanan), peningkatan penggunaan batu arang (keperluan tenaga) dan kenaikan harga makanan dan tenaga.

Situasi yang berlaku menyebabkan keperluan untuk penyejukan tinggi. Maka arang batu telah menjadi penyelamat untuk membekalkan tenaga yang murah dan meluas, walaupun diakui ia adalah tenaga kotor.

Kementerian Pengangkutan Kereta Api India terpaksa membatalkan beratus penumpang sebagai langkah kecemasan untuk mengutamakan mengangkut arang batu ke loji janakuasa bagi mengelakkan pemadaman proses tenaga.

India Henti Eksport Gandum Kesan Pada Malaysia

Pada masa sama, India juga mengalami inflasi. Pada pandangan ahli ekonomi, bank pusat perlu menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif bagi mengekang harga tersebut.

Namun, salah satu tindakan yang dibuat adalah dengan menjalankan dasar larangan eksport buat seketika.

Justeru, langkah sekatan eksport India dapat memfokuskan kepada pengawalan harga gandum dalam negara, jumlah stok, mengatasi masalah sekuriti makanan yang mana plan tersebut berhasil.

Kesan pada dagangan dunia

Namun bagi dagangan dunia pula, ia merupakan permulaan yang menyakitkan kerana harga gandum akan naik disebabkan pengurangan pengeluaran untuk mencapai permintaan yang semakin meningkat, mengakibatkan harga jualan meningkat (price inflation).

Menteri-Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) dalam mensyuarat mengecam tindakan Kementerian India. Sekatan ini dilihat akan memburukkan lagi krisis ini terutama sekali di Eropah yang sebelum ini mengharapkan eksport dari Ukraine.

Kesan pada Malaysia

Malaysia juga tidak terlari daripada kesannya dimana India merupakan antara pengimport utama gandum sekitar RM36.5 juta. Mungkin penjual roti canai, pan mee dan bahulu akan menaikkan harganya bergangutng kepada kenyataan KPDNHEP.

Situasi yang berlaku ini memperlihatkan sekuriti makanan kini di tahap 4 (berbahaya), wujudnya ancaman keselamatan bukan diluar tetapi dengan iklim yang telah mengancam rantaian bekalan dunia dan kewangan.