caj beg plastik 50 sen

Pulau Pinang Bakal Naikkan Caj Beg Plastik Kepada 50 Sen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan Pulau Pinang bakal menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen berbanding 20 sen sebagai usaha kerajaan membendung penduduk di negeri itu dalam mengurangkan penggunaan beg plastik.

Bagaimanapun, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.

caj beg plastik 50 sen
Sumber: The Sun Daily

“Mungkin ada pengguna di negeri ini yang merasakan caj 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik jadi kita kaji untuk menaikkan caj ini,” – Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

Namun, sejak caj 20 sen dikenakan untuk penggunaan beg plastik, 50% pengguna kini mampu membawa beg sendiri yang menunjukkan mereka juga sedar akan kepentingan alam sekitar.

Bukan susah mana pun untuk membawa beg sendiri. Pastikan beberapa beg sedia tersimpan dalam kereta atau motosikal dan simpan lagi beberapa beg di dalam rumah. Jadi, jika terlupa bawa, anda tidak perlu risau tentangnya.

Sumber: The Star