Pulang Semula Elaun Percutian, Lihat Senarai Pendapatan Menteri Malaysia Selain Syed Saddiq

Dua hari lalu, tular mengenai beberapa pekerja sektor kerajaan yang terpaksa berdepan dengan penarikan semula elaun kritikal bermula Januari 2020.

BACA: Elaun Kritikal Ditarik Bermula 2020, Petugas Perubatan Antara Mangsa Langkah Penjimatan Kerajaan?

Tidak lama kemudian, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa beliau akan memulangkan semua elaun percutian yang diterima selain daripada bakal memastikan elaun lain turut dikurangkan.

Menjawab kepada respon Syed Saddiq, bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menyindir beliau dalam satu hantaran di Facebook Page.

Selamat Hari Natal, Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSebenarnya, kenapa kamu pendekkan cuti akhir tahun kononnya bagi…

Posted by Najib Razak on Tuesday, December 24, 2019

Di laman Twitter pula, ramai daripada netizen pada awalnya memuji sikap Syed Saddiq kerana bertimbang rasa dengan keadaan rakyat marhaen.

Namun selepas melihat semula penularan gambar mengenai aset menteri pada 20 November 2019 oleh MalaysiaKini, rata-rata daripada mereka meluahkan respon yang berbeza daripada yang awal.

Elaun dan Gaji Menteri Malaysia 2019

Dalam sebulan, pendapatan menteri termasuklah elaun-elaun seperti elaun keraian, perumahan, wakil rakyat dan parkir jika dicampurkan dengan gaji pokok semasa adalah lebih daripada RM52,000!

Elaun dan Gaji Menteri Malaysia 2019 1

Malah ada di antara netizen yang menggesa kerajaan supaya menghapuskan ‘elaun-elaun tidak munasabah’ yang diberikan kepada menteri-menteri di Malaysia dan tidak menarik elaun yang diberikan kepada rakyat.

Pendapat anda?