
Pukul Pengawal Peribadi Sebab Puasa, Penahanan Bos Bongkar Sindiket Judi
Pukul pengawal peribadi sebab puasa.
Dua hari lalu, tular mengenai dua orang lelaki yang dipukul sehingga mendatangkan kecederaan dan diugut bunuh dengan diacukan pistol oleh majikannya hanya kerana berpuasa.
Kejadian yang melibatkan mangsa yang bekerja sebagai pengawal peribadi itu berlaku di sebuah kondominium, Jalan Pinang mendapat perhatian meluas media tempatan.
Selepas daripada kejadian tersebut, pihak polis telah menahan reman empat lelaki bagi menjalankan siasatan.
Namun, penahanan di atas kesalahan pukul pengawal peribadi tersebut membawa pembongkaran jenayah lain iaitu rampasan 100 jongkong emas seberat 1kg setiap satu dan juga 12,00 keping wang tunai dolar Amerika berjumlah RM28.25 juta.
BACA: Gaji RM10 Sehari, Warga Asing Dikurung & Diugut Pukul Jika Berani Ambil Lauk
Selain daripada menjalankan kegiatan nombor ekor tidak berlesen dan penggunaan pengawal peribadi sebagai perlindungan daripada musuh perniagaan, suspek utama juga bertindak sebagai kepala sindiket haram sejak dari lima tahun lalu di beberapa lokasi di Malaysia termasuklah Perak, Kuala Lumpur dan Pahang.
Kes disiasat mengikut beberapa seksyen antaranya Seksyen 323 dan Seksyen 506 kerana mendatangkan kecederaan selain daripada Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951.
Sebelum ini, Malaysia pernah gempar dengan isu judi dan perniagaan haram di Sungai Buloh. Namun siapa yang salah?
BACA: Isu Judi Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah?
Sumber: