Pas Hapus Riba PTPTN

PTPTN Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Tiga Bulan Berikutan Penularan COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Susulan daripada penularan wabak COVID-19 di Malaysia, PTPTN bersetuju untuk menangguhkan semua bayaran balik pinjamannya selama tiga bulan.

Penangguhan sehingga 30 Jun ini yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad berikutan daripada keadaan semasa yang turut menyaksikan ekonomi negara terjejas.

“Mengambil kira kesan wabak penyakit Covid-19 kepada ekonomi negara, yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, kerajaan telah bersetuju supaya PTPTN menangguhkan pembayaran balik kepada semua peminjam.”

Penangguhan yang berkuat kuasa serta merta ini turut menyaksikan peminjam dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaaan dan perundangan.

Pas Hapus Riba PTPTN

Langkah PTPTN ini wajar dicontohi semua pinjaman yang ada di Malaysia bagi membantu rakyat menghadapi kesan daripada wabak COVID-19 yang sedang menular kini sama seperti tindakan Itali yang menggantung semua pembayaran balik semua pinjaman perumahan.

BACA: Ini Kisah Satu-Satunya Peminjam Yang Berjaya Saman PTPTN Di Mahkamah

Langkah yang diambil Itali ini bukanlah kali pertama diambil, kerana ketika krisis kewangan melanda, Itali turut mengambil langkah yang sama.

Berikutan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  ramai yang kehilangan pendapatan apabila diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji.

Namun, sebagai pekerja anda wajib mengetahui hak yang anda boleh tuntut kepada majikan mengikut kepada Seksyen 60F Akta Kerja 1955 antaranya pemeriksaan kesihatan, tempoh kelayakan cuti sakit bergaji tanpa hospitalisasi, cuti sakit bergaji dan arahan kuarantin.

BACA: Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja Sepanjang Musim COVID-19

Susulan dengan pengumuman itu juga, ramai daripada kita memilih untuk pulang ke kampung. Namun tahukah anda, perbuatan mereka itu lebih membahayakan dan sama seperti yang dilakukan oleh penduduk Wuhan pada dua bulan lalu.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Rakyat Malaysia Sedang Lakukan Yang Sama Seperti Penduduk Wuhan