Sikap Penyokong Indonesia 1

PSSI Didenda FIFA Susulan Insiden Keganasan Penyokong Garuda Di Stadium Bung Karno

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

5 September lalu, negara dikecohkan dengan keganasan penyokong Garuda Indonesia kepada Harimau Malaya semasa aksi perlawanan untuk Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Antaranya, penyokong Harimau Malaya beberapa kali dicampak dengan objek besi, botol, air kencing dan suar sehingga menyebabkan tiga penyokong Malaysia cedera dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Berikutan dengan kejadian tersebut, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq telah menghantar laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia serta rakan sejawatan beliau di sana dan telah menerima permohonan maaf daripada Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.

Sikap Penyokong Indonesia

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang kecewa dengan sikap penyokong Garuda Indonesia meluahkan rasa malu akibat daripada kelakuan ekstrem penyokong yang tidak bermoral tersebut.

BACA: Sikap Ekstrem Penyokong Mungkin Sebabkan Indonesia Didenda Bermain Tanpa Penonton – PSSI

Susulan dengan kejadian tersebut itu, PSSI memberitahu mereka telah menerima hukuman denda sebanyak 45,000 Swiss franc (RM190,000) daripada Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bagi Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria proses perundangan dan keputusan FIFA ini perlu dihormati dan menjadi kewajiban PSSI untuk menilai agar kejadian serupa tidak berulang.

Sumber: Kumparan

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VveBwFlX8/