
PRU15: Ramai Gaduh Sampai Tak Tegur Sapa, Kena ‘Block’, ‘Unfriend’ & ‘Left Group’?
Kehangatan dan debaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini semakin memuncak dengan calon-calon yang bertanding kini sedang rancak berkempen di kawasan masing-masing.
Namun di sebalik itu, timbul satu perkara yang agak tidak enak didengar ketika ini melibatkan segelintir golongan pentaksub yang agak keterlaluan dalam menyuarakan fahaman politik mereka di media sosial.
Menganggap diri mereka sebagai ‘terpaling’ hebat dan suci, kehadiran mereka yang gemar berdebat dengan mencampuradukkan setiap perkara dengan isu politik dilihat sering menjadi punca pergaduhan sehingga berlakunya pecah belah dan terputusnya ukhuwah.
Seorang guru, Saufi Hatta Mohd Taib telah menitipkan kata-kata nasihat berikut di Facebooknya bagi memberi kesedaran di kalangan masyarakat agar sentiasa menjaga tutur kata dan adab susila serta bagi mengingatkan kita bersama bahawa tak perlu pun sebenarnya untuk ‘gaduh-gaduh’ di musim PRU15 ini.
MUSIM PILIHANRAYA UMUM
Aku nak nasihatkan, jangan campur adukkan hal politik kepartian dalam group family, group surau dan masjid, taman, sekolah, tempat kerja, hobi, tazkirah, MLM, kawan sekolah lama, reunion atau apa-apa group yang tidak berkaitan. Kelak akan jadi gaduh, masam muka, kutuk mengutuk, left group, putus silaturrahim. Kau nak pilih siapa, nak promosi dan kempen siapa, itu hak kau. Tapi biarlah tempatnya betul.
Besok habis PRU, bukan YB-YB tu yang tolong kau kat tempat kerja, kalau kereta rosak bukan YB-YB tu datang tolong, kalau kau mati, bukan YB-YB tu datang urus jenazah kau. Mereka itu ialah keluarga, jiran-jiran, kawan setaman, kariah masjid, bahkan entah sape-sape yang mungkin seteru politik kau selama ini. Politik ni sekadar satu bahagian dari hidup yang kita tak perlu keterlaluan dengannya. Macam bola. Sokong la JDT, kecam la kenyataan MB Kedah, tapi tak perlu lebih-lebih. Sekadar hiburan je kan.
Tapi kau kata “oh, nak pilih pemimpin perlu panduan/bimbingan”. Ok boleh. Sertailah group-group yang memang tujuannya politik. Bertempurlah kat situ. Dah namanya group politik. Jika tak ada, wujudkan. Tulis tajuk jelas-jelas “Perang Politik” atau “Undilah Kacang Ketot”. Jadi orang tau ia group politik. Kalau kat FB, nak post politik kat wall sendiri boleh. Tapi jangan keterlaluan. Pastu jika ada orang komen @ unfriend, jangan la cepat koyak. Dah kita set public. Otherwise, set 🔒only me. Tulis la, kecam la puas-puas.
Selamat mengundi. Undilah untuk Malaysia yang lebih baik. Jangan putus ukhuwah. Jangan gaduh-gaduh. Kawan-kawan kenapa mau lawan. Kita kan kongsi minum kopi secawan. Chill.
BACA: PRU15: Tak Tahu Nak ‘Pangkah’ Yang Mana Satu? Ini Tip Berguna Buat Semua Pengundi
Sumber: Saufi Hatta Mohd Taib