PRU15 Perkhidmatan Bas PERCUMA

PRU15: Perkhidmatan Bas PERCUMA Untuk Warga Kota Pulang Mengundi, Tempat Terhad!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November ini, KLSCAH Civil Rights Committee, Sayangi Kinrara dan SKLHA Youth menganjurkan “Perkhidmatan Bas Percuma PRU15” untuk membawa warga kota dari Puchong ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.

Semua bas PERCUMA akan bertolak dari Dewan Masyarakat BK2, Puchong (berdekatan dengan stesen LRT Kinrara BK5) pada 18 November (Jumaat) jam 8:00 malam.

8 laluan tersebut ialah:

  • Tangkak – Yong Peng – JB – Pontian
  • Muar – Batu Pahat
  • Kuantan
  • Pulau Pinang
  • Ipoh – Taiping
  • Alor Star
  • Kota Bharu
  • Kuala Terengganu

Sila klik pada pautan berikut untuk pendaftaran: https://bit.ly/3sQecj7

PRU15 Perkhidmatan Bas PERCUMA

Perkhidmatan bas percuma ini dibuka kepada semua pengundi yang layak. Tarikh akhir untuk membuat pendaftaran ialah pada 16 November (Selasa). Tempat duduk bas diberikan berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’, tertakluk pada jumlah tempat duduk yang terhad.

Semua pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak penganjur melalui WhatsApp mulai sekarang hingga 16 November. Pemohon hendaklah mengemukakan mesej WhatsApp tersebut sebagai bukti dan pengesahan sebelum berlepas.

Penganjur turut menggesa semua penumpang agar menepati masa untuk berada di lokasi yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku pada masa itu. Sebarang kelewatan juga tidak akan dilayan.

Perkhidmatan bas percuma ini disediakan semata-mata untuk menyediakan kemudahan pengangkutan kepada orang ramai agar dapat menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi semasa PRU15.

Tiada sebarang desakan, permintaan, memancing undi atau apa jua tujuan untuk mengganggu serta mengubah pilihan orang ramai untuk menyokong mana-mana parti politik.

Sehubungan dengan perlaksanaan UNDI18 dan pendaftaran pemilih automatik, penganjur berharap inisiatif ini dapat menggalakkan lebih ramai lagi pengundi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing demi menentukan masa depan negara.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Melvin di 012-381 6296, Sithesh di 011-3179 9205, Yu di 011-6921 3885 atau Lawrence di 016-898 6416.

BACA: PRU15: Tak Tahu Nak ‘Pangkah’ Yang Mana Satu? Ini Tip Berguna Buat Semua Pengundi

Sumber: The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)