PRU15

PRU15: Pengundi Muda Nak Undi Siapa? Inilah Jawapan Yang Diberikan Oleh Mereka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pindaan Undi18 yang diluluskan di Parlimen sebelum ini bakal menyaksikan bagaimana golongan muda seawal umur 18 tahun turut sama akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk menentukan masa depan negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), seramai kira-kira 1.4 juta pengundi muda berusia antara 18 hingga 20 tahun layak untuk mengundi kali ini.

Namun, seorang pempengaruh media sosial dan penulis politik bebas, Muhamad Harris Nasril mendapati anak-anak muda pada hari ini seolah-olah masih ‘belum bersedia’ untuk mengundi.

Berikut merupakan perkongsian yang dibuat di Facebooknya mengenai hasil tinjauan dan pemerhatiannya terhadap golongan pengundi muda yang rata-rata didapatinya masih lagi ‘blur’ tentang situasi politik negara.

PRU15

Pengundi muda.

Rata-rata orang muda yang saya temui, dalam lingkungan umur 18-22 tahun tidak ambil peduli pasal politik negara.

Apabila ditanya, mereka memberi tiga pilihan, sama ada tidak turun mengundi, undi ikut kawan, atau apa yang disuruh oleh ibu bapa mereka.

Keputusan pilihanraya negeri di Johor dan Melaka menunjukkan trend tersebut.

Itu belum lagi cerita mengenai imbuhan wang untuk undi parti tertentu.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Ini adalah salah sistem pendidikan kita.

Kita mahukan anak muda 18 tahun boleh mengundi, tetapi kita tidak mengajar mereka supaya cakna mengenai politik tanah air.

Sepatutnya ini diperkasakan dahulu.

Sekadar mengeruhkan keadaan.

-Pempengeruh Media Sosial. –

BACA: PRU-15: Tak Tahu Nak ‘Pangkah’ Yang Mana Satu? Ini Tip Berguna Buat Semua Pengundi

Sumber: Muhamad Harris Nasril