PRU15

PRU15: Cara-Cara Nak ‘Jek’ Calon Bertanding Supaya Tolong Bayar/Belanja Anda Makan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ketika ini menyaksikan calon-calon bertanding juga kini sedang giat memecut di saat-saat akhir.

Seorang pengguna Facebook, Muhamad Aqbar Shah telah berkongsi pengalamannya yang berpeluang terserempak dengan salah seorang calon yang sedang sibuk berkempen di kawasannya.

Menariknya, hanya menggunakan beberapa taktik untuk ‘jek’ calon tersebut, dia bersama beberapa orang lagi yang sedang bersarapan di sebuah kedai makan ketika itu akhirnya berjaya dapat ‘makan free’.

Nak belajar cara-caranya? Jom ikuti perkongsian yang dibuatnya berikut:

Nota: Tiada jaminan cara jek/ampu/bodek seperti ini terbukti berjaya memberikan hasil yang sama bagi setiap individu. Setiap percubaan dan risikonya adalah tanggungjawab sendiri. Budi bicara adalah dinasihatkan.

1 PRU15

 

Kisah Sarapan..

Tengah ralit meeting.. Datang calon Parlimen **** ******** dari Parti ******* beramah mesra dengan pelanggan dalam kedai…

Dia lalu, salam kita orang, terus aku tanya.

“Saya kenal Haji, dulu bertanding dari parti lain kan?”

Terus dia cerita dia dulu *******. Tapi bila ********** hijack kerajaan. Dia keluar *******.

“Eh tak, sebelum-sebelum ni, Haji ada bertanding atas tiket *** tak salah”

Haa.. Tu 2018 dulu. Tapi tu la, dah *** ajak masuk *******, saya masuk *******. *****. Ada panggil masuk ***, tapi saya tolak.

“Ha, betullah Haji dulu ***, saya ada dulu juga tolong berkempen untuk *** kejap dulu”

Lama dia borak, siap cerita sewa homestay mana, nak beli rumah sini la, senang nak bekerja bantu rakyat.

Puji-puji sikit, terus dia belanja makan 1 kedai. Jek sikit.

Itu yang kita mahukan sebenarnya, tak nak tau pun dia lompat mana..

BACA: PRU15: “…Orang Pendang Boleh Jadi Jutawan” – Eksport Daun Ketum Bakal Dibenarkan?

Sumber: Muhamad Aqbar Shah