
PRU15: Apa Sebenarnya Perancangan SPR Sekiranya Banjir Semakin Buruk?
Laporan akhbar-akhbar utama hari ini melaporkan bencana banjir kini rata-ratanya semakin teruk di seluruh negara.
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,546 orang melibatkan enam negeri iaitu di Johor, Kelantan, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini tinggal beberapa hari saja lagi.
Persoalannya ialah, bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melihat situasi ini? Apakah perancangan yang dibuat oleh mereka sekiranya situasi ini menjadi lebih buruk? Bagaimana pula dengan proses untuk orang ramai keluar mengundi kelak?
Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya yang diharapkan agar mendapat perhatian sewajarnya dari pihak terbabit serta dapat dijadikan renungan bersama untuk semua rakyat Malaysia.
Apakah perancangan SPR jika banjir berlaku?
Oleh kerana ada orang bijak yang mahukan pilihan raya di musim banjir, kemungkinan beberapa tempat banjir minggu depan sememangnya ada.
Jika syarikat yang berniaga perlu ada Pelan Penerusan Perniagaan (business continuity plan), tentunya kita sebagai pengundi berharap perkara yang sama dari SPR.
Besarlah harapan saya agar SPR mengumumkan perancangan sekiranya berlaku banjir. Di antaranya:
- Jika banjir, apakah keadaannya bagi pengundian berjalan seperti biasa?
- Adakah tempoh mengundi akan dilanjutkan bagi membolehkan pengundi yang terjejas banjir mengundi dan lama mana?
- Jika pengundian terpaksa ditangguhkan, lama mana penangguhan itu dan bilakah pilihan raya akan diadakan segera?
Pengumuman terlebih dahulu dari SPR akan memberi kejelasan berkenaan pilihan raya jika berlakunya banjir. Ini juga akan mengelakkan sebarang khabar angin dan spekulasi yang boleh menjadikan keadaan kelam kabut.
Saya berharap perkongsian saya ini disampaikan kepada pihak SPR agar mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarkan sebagai satu badan yang memikul amanah untuk melaksanakan pilihan raya yang adil.
Setiap dari kita akan dipersoalkan akan segala tindakan, keputusan mahu pun kegagalan untuk bertindak apabila diperlukan, di akhirat nanti.
BACA: PRU15: Ramai Gaduh Sampai Tak Tegur Sapa, Kena ‘Block’, ‘Unfriend’ & ‘Left Group’?
Sumber: Nik Hasyudeen
Trending now



