proton x90

Proton X90 Dilancarkan, Netizen Kata Baik Beli

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah melancarkan model Proton X90 di bangunan MITEC. Acara pelancaran itu turut merangkumi sambutan ulang tahun ke-40 syarikat pengeluar kereta nasional tersebut.

Banyak yang ingin tahu berapakah harga rasmi bagi model SUV ketiga Proton yang menawarkan pilihan 6 hingga 7 tempat duduk ini.

Artikel Berkaitan

Harga rasmi Proton X90

proton x90

1. Proton X90 Standard – RM123,800

2. Proton X90 Executive – RM130,800

3. Proton X90 Premium – RM144,800

4. Proton X90 Flagship – RM152,800

Untuk 4,000 tempahan awal, pelanggan akan menerima pakej tambahan 5 tahun data 4GB/bulan, jam Proton X-Watch bernilai RM1,499, aksesori bernilai RM779, dan naik taraf ‘Proton Insurance Programme’.

Semua model Proton X90 dilengkapi dengan enjin hybrid standard 1.5 liter TGDI, 187hp dan 300Nm tork, serta transmisi kotak gear dual-clutch 7-kelajuan.

proton x90

Ciri-ciri standard lain yang terdapat pada semua model termasuk lampu LED, rim aloi 18 inci, skrin infotainment 12.3 inci, dan pemandu akan menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10 inci.

Model SUV ini boleh mula untuk sesi pandu uji di pusat pengedar 3S dan 4S terpilih yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Netizen kata baik beli

Setelah umum tahu harga sebenar Proton X90, ramai netizen menyatakan bahawa harga yang ditawarkan sangat tidak mampu milik.

Ada yang membuat perbandingan harga Proton X90 dengan Proton Exora, sebuah MPV keluarga 7 tempat duduk yang bermula dengan harga RM62.800.

proton exora

Sudah pasti tanggapan netizen ini perlu diperbetulkan apabila ingin membuat perbandingan. Epal harus dibandingkan dengan epal yang lain, bukannya dibandingkan dengan limau.

Dengan spesifikasi dan ciri mewah yang ada di Proton X90, sudah pasti Proton Exora sangat jauh bezanya untuk sama taraf dengan SUV yang baru dilancarkan itu.

Pesaing Proton X90

Untuk memberikan anda sudut pandang perbandingan yang setara bagi Proton X90, kami kongsikan beberapa kenderaan yang menjadi pesaing bagi SUV terbaru syarikat otomobil kebanggaan negara ini.

1. Mazda CX-8 – RM184k-RM220k

Mazda CX-8 diposisikan sebagai varian paling premium, didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 228 hp @ 5,000 rpm dan tork maksimum 420 Nm @ 2,000 rpm.

Prestasi ini jauh lebih tinggi berbanding Mazda CX-8 dengan enjin diesel (188 hp/450 Nm).

mazda cx 8
smartcapture

Enjin ini disalurkan kuasanya kepada sistem pacuan semua roda (AWD) melalui transmisi automatik Skyactiv-Drive enam kelajuan.

Mazda CX-8 2.5L Turbo ini memiliki tangki bahan api berkapasiti 74 liter dan mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 8.7 liter untuk setiap 100 km.

2. Hyundai Santa Fe – RM170k-RM213k

Model 2.2 CRDi Executive SE mengekalkan rekaan luaran 2019, termasuk konsep Cascading Grille. Perubahan terbesar adalah kedudukan lampu utama dan position light dengan LED.

Rekaan ini menghasilkan tampilan sleek untuk SUV besar ini, seolah-olah ia SUV kompak.

Namun, enjin 2.2 Turbodiesel R 4 silinder yang menghasilkan 199 hp dan 440Nm masih digunakan.

Hyundai Santa Fe

Hyundai Santa Fe generasi keempat lebih besar daripada generasi sebelumnya untuk menampung barisan tempat duduk ke-3. Panjang keseluruhan menjadi 4770mm, lebar 1890mm, dan jarak antara roda 2765mm.

Namun, rekaan depan yang bijak membuatnya terlihat lebih kecil. Varian ini menggunakan rim 18 inci, rel bumbung, dan lampu lopak air pada cermin sisi.

3. KIA Sorento – RM211k-RM255k

Kia Sorento 2023 tersedia dalam 3 varian dan 2 pilihan enjin: 2.5L ‘Smartstream’ (177 HP/232 Nm) dan 2.2L ‘Smartstream’ diesel (199 HP/440 Nm).

Enjin diesel menghasilkan kuasa lebih tinggi berkat penggunaan blok aluminium yang 38.2 kg lebih ringan daripada generasi sebelumnya.

kia sorento

Terdapat 2 jenis susunan tempat duduk, bergantung pada varian: 2.5L 2WD 7-seater, 2.5L AWD 6-seater, dan 2.2L Diesel AWD 6-seater.

Enjin petrol dipasangkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan, sementara enjin diesel menggunakan transmisi double-clutch 8 kelajuan (8DCT) baru.

Kia Sorento 2023 menampilkan bahasa rekaan Kia terkini, seperti lampu utama tajam, muncung hidung harimau moden, dan lampu belakang terpisah yang mengingatkan kita pada rekaan Hyundai Palisade.

Generasi keempat Sorento memiliki dimensi 4,810 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,700 mm tinggi, dan 2,815 mm jarak roda, menjadikannya lebih besar daripada generasi sebelumnya.

4. Volkswagen Tiguan – RM160k-RM238k

Volkswagen didapati dalam 2 varian, 1.4 TSI Elegance dan 2.0 TSI R-Line 4MOTION. Harga jualan bagi kedua-dua varian ini adalah RM175,346 dan RM220,527.

Kedua-dua varian ini menampilkan gril direka semula, bampar hadapan baru, dan lampu utama yang lebih kemas.

Rekaan yang diperbaharui juga merangkumi jalur lampu LED, perkataan “Tiguan” di bahagian belakang, dan logo baru Volkswagen.

Volkswagen Tiguan

Ruang dalam kereta juga telah ditingkatkan dengan sistem infotainmen Discover Pro generasi baru 9.2″, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, arahan suara, sistem navigasi terbina, dan banyak lagi.

Stereng multi-fungsi kini dilengkapi dengan butang kawalan haptik untuk ketersambungan yang lebih lancar. Butang dan tombol panel pendingin hawa juga dinaik taraf.

Model ini menggunakan enjin yang sama untuk kedua-dua varian: Elegance menggunakan enjin 1.4 liter turbocas empat-silinder dengan output 150 PS dan 250 Nm tork, sementara R-Line menggunakan enjin 2.0 liter yang menghasilkan 220 PS dan 350 Nm tork.

Elegance digandingkan dengan transmisi DSG klac basah berkembar yang menyalurkan kuasa ke roda depan, manakala R-Line menggunakan transmisi DSG tujuh-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Motion.

Kesimpulan

Berdasarkan perbandingan di atas, baru kita dapat lihat di mana Proton X90 diposisikan. Ianya masih lebih murah daripada pesaingnya yang berada di pasaran. Sudah tentu ramai keluarga akan memiliki Proton X90 ini.

Rakyat Malaysia harus mempunyai mentaliti bahawa Proton bukan sahaja mahu memberi produk yang mampu milik, bahkan berani untuk masuk ke segmen yang lebih mewah demi kelangsungan syarikat kebanggaan negara ini.