Proton Saga 2019

Proton Saga 2019 Sedia Dimiliki Dengan Harga Serendah RM32,800

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Proton Holdings Berhad (Proton) telah melancarkan model Saga 2019 dengan tiga vaian yang ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Menurut Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal berkata, Proton Saga adalah sinonim dengan jenama Proton yang mula diperkenalkan 34 tahun lalu yang kini diberi sentuhan rekaan terkini sesuai untuk golongan sasarnya.

Versi terbaharu model ikonik dan terlaris Proton itu dilengkapi dengan gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama di dalam kelasnya yang bukan saja membezakannya daripada pesaing, tetapi turut meningkatkan nilainya.

Pada bahagian luar, Saga 2019 dipasangkan dengan bampar hadapan baharu dan lebih agresif bersepadu dengan lampu nyalaan siang dengan bahagian gril turut mempunyai corak infinite weave yang mula diperkenalkan melalui model Proton X70 serta Iriz dan Persona 2019.

Proton Saga 2019
Sumber: KLGadgetGuy

Pada bahagian dalaman pula, perubahan paling ketara dilakukan adalah pada skrin sesentuh tujuh-inci terapung yang digunakan untuk mengawal sistem infotainmen, selain kemudahan ini mempunyai sambungan Bluetooth, kapasiti penyimpanan dalaman 16GB dan sambungan telefon pintar untuk Android.

Secara mekanikal, perubahan yang paling besar adalah transmisi automatik empat kelajuan baharu menggantikan CVT yang digunakan sebelum ini.

Proton Saga 2019
Sumber: Automachi

Tambahan pada varian Premium adalah Bantuan Kawalan Cerun, pengesan tempat letak kereta hadapan, kamera undur dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Saga 2019 menjadi satu-satunya kereta yang berharga kurang daripada RM40,000 dilengkapi ciri itu.

Ditawarkan dengan tiga varian iaitu Saga Standard MT, Standard AT dan Premium AT, yang mana masing-masing dijual pada harga bermula RM32,800, RM35,800 dan RM39,800.

Sumber: Berita Harian

 

Nak pergi sini pun senang.

SuperPark Malaysia – The Best Indoor Activity In KL

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.