Proton Perdana Milik Tun M Ditemui Dalam Satu Bangunan Terbengkalai Di UK

Proton Perdana milik Tun M ditemui dalam satu bangunan terbengkalai di UK.

Sejak minggu lalu, kecoh di laman media sosial mengenai satu video penemuan sejumlah kereta-kereta lama yang terbengkalai di sebuah bangunan sejak beberapa tahun lalu.

BACA: Insentif Pengecualian Cukai Lonjak Jualan Kereta PROTON

Bangunan yang hanya boleh dimasuki melalui satu gelongsor di bahagian tepi bangunan tersebut memerlukan mereka (pengembara) melompat pada satu ketinggian untuk memasuki kawasan basement.

Di ruangan bawah tanah itu, mereka menemui prototaip kereta-kereta mewah, beberapa teksi lama dan replika kayu yang dipercayai digunakan untuk meniru semula rekaan kereta-kereta klasik lama ini.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh YouTube Lost Adventures itu, sebuah kereta Proton Perdana dengan bombor pendaftaran VK5231 telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia.

Proton Perdana Yang Ditemui Terbengkalai Di UK Dipercayai Milik Tun M

Kereta yang kelihatan masih baru dengan plastik kerusi yang masih belum dibuka menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana kereta Proton Perdana di UK tidak tersenarai dalam kategori ‘kereta mewah’.

Hasil risikan netizen, nombor plat pendaftaran tersebut didapati berasal dari Kuala Lumpur dan didaftarkan sekitar tahun 2016 hingga 2017. Malah ada juga yang melakukan spekulasi bahawa ianya milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Proton Perdana Yang Ditemui Terbengkalai Di UK Dipercayai Milik Tun M 1

Menerusi sumber MStar, dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu yang merupakan pembantu kepada Tun M telah mendedahkan ianya memang sah milik Tun M dan pernah diisytiharkan sebagai harta beliau semasa bergelar Perdana Menteri ke-7.

Namun bagaimana dan mengapa ianya boleh berada di situ?

Menurut sumber, Tun M telah menghantar sendiri kenderaan tersebut untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Frazer-Nash Research Ltd, sebuah syarikat yang membangunkan komponen kereta elektrik bagi melihat kemungkinan membangunkan kereta nasional dengan kuasa hibrid yang mampu bersaing dengan jenama automotif dunia.

Bangunan syarikat Bristol Cars

Bangunan tersebut sebenarnya merupakan bangunan Bristol Cars milik seorang ahli perniagaan British dari Pakistan, Kamal Siddiqi yang turut menghasilkan kenderaan buatan tangan.

BACA: Kerajaan Akan Teruskan Guna Proton Perdana, Bukan Vellfire

Kemungkinan besar kesemua kenderaan yang berada di sana bagi tujuan modifikasi memandangkan ianya adalah satu tawaran perkhidmatan kemahiran syarikat Bristol Cars.

Namun pada Mei lalu, syarikat pengeluar berskala kecil dengan bilangan pekerja sekitar 20 orang yang menghasilkan 100 unit kereta dalam tempoh masa setahun telah dibekukan dan kereta-kereta yang terbengkalai di sana diberitahu akan dilelongkan.

Tonton video penuh: