
‘Protes Senyap’ Keluar Dewan Semasa Majlis Ucapan Duta Israel Bukti Mahasiswa Harvard Bersama Palestin
Kekejaman Israel bukan lagi sesuatu yang rahsia. Membunuh demi merampas tanah milik Palestin, Israel tidak diiktiraf sebagai sebuah negara kerana secara jelasnya mereka melanggar undang-undang antarabangsa sejak berpuluh tahun lalu.
BACA: Israel Tukar Masjid Bersejarah Jadikan Kelab Malam
Mendapat sokongan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Israel semakin ‘naik kepala’ apabila secara berani menonjolkan diri di khalayak antara muncul di media atau pun institusi bagi menyampaikan dakyah ‘negara’ mereka.
13 November lalu, duta Israel, Dani Dayan telah dipanggil untuk memberikan ucapan dalam sebuah program The Julis-Robinowitz Program on Jewish and Israeli Law di Harvard Law School.
BACA: Taja Persatuan Bola Sepak Israel, Jenama Puma Diboikot 20 Buah Negara
Membawakan topik ‘Strategi Perundangan Israel’, ceramah yang berlangsung selama sejam itu mendapat protes dan tentangan daripada lebih 100 orang mahasiswa Pro-Palestin kerana merasakan Israel tidak layak untuk bersuara mengenai perundangan disebabkan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.
Harvard students walked out in protest from a lecture by Israeli ambassador Dani Dayan entitled “the Legal Strategy for Israeli Settlement,” or in other words (the legal strategy to violate international law!). pic.twitter.com/FABXz6fnLx
— Jehad Abusalim جِهَاد أبو سليم (@JehadAbusalim) November 13, 2019
He also said that "The Forth Geneva Convention and the Hague regulation don't apply to this case, including the article that stipulates that occupying power will not transfer its population to occupied territories."
— Jehad Abusalim جِهَاد أبو سليم (@JehadAbusalim) November 13, 2019
Dalam paparan video dalam dilihat sebaik sahaja Dayan memulakan ucapannya, sebahagian besar mahasiswa dengan senyap bangun dan meninggalkan dewan dengan memegang kertas yang bertulis ‘Settlements are a War Crime’.
“Many friends and family in Gaza have watched these videos and saw the photos on Facebook and twitter and although they are under bombing they still saw what we did and it made them happy and proud.” pic.twitter.com/VOoYluC7FB
— Harvard College YDSA (@HCYDSA) November 13, 2019
Keadaan dewan selepas ‘protes senyap’ mahasiswa Harvard.
Tetap mempertahankan Israel, Dayan yang pada awalnya dilihat sedikit terkesima apabila sejumlah besar daripada mereka keluar dari dewan namun beliau sempat secara menyindir memberitahu tindakan mahasiswa tersebut adalah tindakannya semasa beliau di tadika.
Sumber: Mondoweiss
Lagenda tiada ganti.
P. RAMLEE : Seniman Tanah AIr Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.