
Protes Pentas Konvo: Laman Web UM Digodam ‘Biar Mati Dari Hidup Melutut’
Kontroversi protes di pentas konvokesyen Isnin lalu nampaknya masih belum reda. Ditambah pula dengan penahanan seorang lagi graduan yang turut berhasrat melakukan protes yang sama.
Kali ini, Universiti Malaya berdepan dengan kontroversi apabila satu pautan laman web mereka menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab kerana digodam malam tadi.
BACA: Syed Saddiq Tidak Setuju Ijazah Graduan UM Protes Di Pentas Konvo Ditarik Balik
Klik pada pautan laman customer.um.edu.my membawa kepada halaman yang jelas menunjukkan protes #UndurVC dan #NoRasis kepada Naib Canselor Universiti Malaya, Abdul Rahim Hashim yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berunsur rasis di Kongres Maruah Melayu pada hujung minggu lepas.

Namun selepas beberapa jam, didapati pautan tersebut sudah tidak lagi memaparkan laman yang digodam sebaliknya tidak dapat dicapai.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Yan Ke menafikan kejadian tersebut adalah perbuatannya kerana beliau langsung tidak tahu mengenai sains komputer dan tidak pernah mengarah sesiapa melakukannya bagi pihak beliau.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2WS6CRgGm-/