sunat

Proses Penyembuhan Luka Sunat Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Perhatian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Musim cuti sekolah ni memang sinonim dengan musim sunat untuk anak-anak lelaki. Pelbagai ragam anak-anak ini, ada yang tenang, ada juga yang meraung tak mahu bersunat.

Selepas bersunat, adalah penting untuk ibu bapa melihat perkembangan tempat sunat anak tersebut. Seorang pengguna Facebook bernama Dr. Adelin Zin telah berkongsi tentang cara penjagaan tempat sunat bagi anak lelaki. Mari kita baca info daripada Doktor ini.

Kalau buka gallery phone saya sekarang memang penuh gambar 🐦🐦🐦 (sunat).

Pagi petang siang malam, dari anak-anak yang sunat dengan Poliklinik Sakura sampailah ke orang yang tak kenal tiba-tiba bagi gambar dan tanya pasal luka sunat anak masing-masing. Boleng mata mok tengok telefon 🀣.

First of all, saya bukan pakar. Saya doktor biasa yang menjalankan perkhidmatan sunat di klinik saya secara open slot. Saya tak buat walk in kecuali baby perempuan. Belum sampai masa nak jadi mak mudim tegar πŸ˜†.

Kebanyakan pertanyaan yang saya dapat berkisar masalah penyembuhan luka selepas berkhatan. Terutamanya lagi dari mak-mak yang pertama kali jaga anak berkhatan dan bapaknya loss memory berkhatan masa kecil dulu πŸ˜‹.

Berkhatan cara conventional, laser (diathermy) atau clamp ni semua ada pro and cons masing-masing. Boleh study sikit kelebihan dan kekurangan setiap kaedah sebelum pilih nak guna kaedah apa. Kalau tak pasti sangat, boleh je jumpa doktor yang nak sunatkan tu dan tanya dia dulu, bina raport supaya anda dapat build trust dengan doktor yang anda pilih tu.

Bukan tak boleh tanya doktor lain, cuma sebaiknya rujuk balik dengan mereka yang mengkhatankan anak anda sebab doktor tu lebih tahu keadaan penis anak anda sebelum dan selepas. Kalau tiba-tiba anda tanya saya, β€œkenapa burung anak senget lepas khatan?”. Saya pun tak boleh berikan jawapan yang pasti sebab saya tak tahu keadaannya sebelum tu πŸ™πŸ». Jangan cakap cheq sombong naa.

So kat bawah ni saya buat ringkasan sikit keadaan luka selepas berkhatan. Memang ada macam-macam rupa tapi tak boleh nak tunjuk gambar real. Saya cuba explain dengan gambar.

sunat

Proses sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada penis yang tenggelam menyebabkan lukanya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.

Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suruh tadah depan kipas kasi kering.

Jangan letak apa-apa serbuk dari sensei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anaknya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.

Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak tak ada apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja KFC πŸ˜….

Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sedia kala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkanlah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?πŸ‘ŒπŸ»

*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah SWT. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, Amin 🀲🏻.

BACA: Pakar Bedah Malaysia Ini Menang Anugerah Antarabangsa, Cipta Alat Berkhatan Paling Cepat Dan Selamat

Sumber: Facebook Dr. Adelin Zin