
Proses Penceraian Sebenarnya Lebih Sukar Bagi Wanita Berbanding Lelaki – Peguam
Golongan wanita sering kali diingatkan agar sentiasa fikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing.
Ini disebabkan kebanyakan kes penceraian di mahkamah mengambil masa yang sangat lama dan golongan wanita didapati lebih terkesan dan sering teraniaya berbanding kaum lelaki.
Mengulas mengenai perkara ini, Peguam Syarie Atikah (@Atikah10490) dari Tetuan Atikah Rashid Associates telah menulis bebenang berikut di akaun Twitternya.
Ikuti ciapan kata-kata nasihat dari beliau berikut yang sangat berguna untuk direnungkan oleh golongan wanita khususnya anak-anak muda yang masih lagi belum berumah tangga.
Wanita kalau nak berkahwin fikir masak-masak ye, sebab sekali dah masuk alam perkahwinan, nak keluar dari alam tu bukan senang. Lelaki iya senang, hari ni lafaz, hari ni jugak dah boleh cari calon isteri lain. Kalau isteri merajuk, hari ni jugak boleh pergi kahwin kat Thailand dengan isteri baru tapi…
…kalau perempuan, nak cerai kena naik turun mahkamah. Kalau suami tak nak lepaskan, makan masa mungkin 5-6 bulan paling cepat. Kalau suami tak bagi nafkah dan abaikan tanggungjawab, filekan fasakh, kene ade bukti resit-resit belanja guna duit sendiri. Baru mahkamah benarkan fasakh, tu pon bukan boleh settle sehari.
Jadi pilihla calon suami yang baik-baik, biar lambat kahwin asalkan tak tersalah pilih suami. Jangan terlalu gelojoh dan rushing untuk berkahwin sebab mengikut kawan/family.
Bukan nak menggalakkan penceraian tapi zaman sekarang terlalu banyak kes cerai, perlunya kesedaran supaya niat untuk berkahwin itu betul.
BACA: ‘True Love Does Exist’ – Wanita Ini Titip Kata Semangat Untuk Mereka Yang Pernah Bercerai
Sumber: Peguam Syarie Atikah