Bekalan Vaksin Tak Cukup Fasa Ketiga

Program Vaksin Fasa Ketiga Mungkin Terjejas, Bergantung Kepada Bekalan Vaksin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Program Vaksin Fasa Ketiga Mungkin Lewat Dari Jadual, Bergantung Pada Bekalan Vaksin.

Hari ini merupakan hari pertama bagi pemberian suntikan vaksin AstraZeneca kepada rakyat Malaysia dan warganegara asing yang ingin menjadi antara individu terawal disuntik vaksin tanpa melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam pada keterujaan rakyat yang menerima vaksin pada hari ini, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa berkemungkinan bekalan vaksin tidak mencukupi untuk memulakan fasa ketiga pada Mei seperti dirancang.

Bercakap pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin PWTC hari ini, Khairy Jamaluddin mengatakan segala faktor bergantung kepada penghantaran vaksin.

Bekalan Vaksin Tak Cukup Fasa Ketiga
Sumber: The Star

“Fasa kedua berjalan dengan baik. Fasa itu sedang berjalan. Fasa ketiga sepatutnya bermula pada Mei tapi saya tak tahu adakah bekalan kita mencukupi. Kita akan buat pengumuman berhubung perkara ini nanti,” katanya.

Difahamkan, fasa ketiga PICK yang dijangka bermula awal Mei ini melibatkan warganegara dan bukan warganegara yang berusia 18 tahun ke atas, dan kelompok ini dikenal pasti paling aktif dan mobil.

Terdahulu, Khairy ada mengatakan bekalan vaksin dijangka akan lebih stabil dan mencukupi mulai bulan Jun tahun ini.

Jelasnya, bekalan vaksin dalam negara masih rendah disebabkan negara-negara kaya telah memonopoli pasaran vaksin.

Bercakap mengenai program vaksinasi AstraZeneca, ia akan diperluas ke negeri-negeri zon merah yang lain dan akan berlangsung seiring dengan program imunisasi kebangsaan dengan sejuta lagi dos vaksin tersebut dijangka tiba bulan ini melalui fasiliti Covax.

BACA: Kesan Sampingan Suntikan Vaksin Yang Bakal Diguna Rakyat Malaysia, Ini Apa Yang Perlu Kita Buat

Sumber: FMT