Kosmetik Merkuri

Produk Kosmetik Merkuri – Stokis Rayu Simpati Ramai, Hangus RM50K Barang Tak Terjual

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, miconazole dan merkuri.

Susulan daripada itu, penjualannya tidak lagi dibenarkan yang memberi kesan kepada ejen jualan serta stokis produk-produk tersebut di seluruh negara.

Baru-baru ini, dikhabarkan salah seorang ejen produk tersebut telah merayu orang ramai di media sosial agar bersimpati dengan nasib malang ejen dan stokis sepertinya.

Dr Muhammad Adib Pathologist ada membuat perkongsian mengenai kisah yang sangat menyedihkan ini melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut.

Apa pendapat anda? Bagaimanakah mereka boleh dibantu? Apakah tindakan sewajarnya yang patut dilakukan terhadap ‘founder’ produk ini?

Kosmetik Merkuri

Semalam I tengoklah live seorang agent produk kosmetik nie. Produk kosmetik jenama nie, 2 bulan lepas KKM telah keluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan ada merkuri.

Menangis-nangis agent nie kat live dia nak suruh orang beli produk tersebut. Modal dia telah hangus 50K. Yang dia menangis-nangis teresak-esak sebabnya dah berpuluh-puluh kotak kosmetik dia telah return balik ke HQ tetapi HQ tak nak terima dan return balik kepada beliau. Nak tak nak ambillah balik.

Bayangkan founder tu dah untung berjuta-juta tetapi tak nak pulangkan langsung balik modal agent tersebut. Founder tu langsung senyap terus. Alah yang bergambar depan SIRIM tu. Agaknya berkat ke makan duit orang macam tu? Sekurang-kurangnya bagi half pun dah ok.

Nak tak nak dia terpaksalah jual walaupun tahu produk tu ada merkuri. Beli untuk bagi modal dia pun dah takpe. Kesian wehh, memang desperate dia kat live tu. Sapa yang nak beli produk yang dah terang-terang ada merkuri nie? Adalah jugak just beli nak support balik modal dia tu.

Dia sendiri mengaku sejak guna formula baru nie produk tu buat wajah dia dan customer diorang breakout. Mula-mula ingatkan tak serasi ke apa, sekali KKM keluarkan bahawa ada merkuri. Terduduk menangis. Founder tidak keluarkan apa-apa kenyataan sebaliknya kata produk dia ada yang FAKE. Produk dia lulus SIRIM ok😑

Bayangkan satu kotak produk tu modal dia adalah RM50 and semalam dia jual RM15. Ada beratus kotak lagi tu. Dia just nak modal dia balik je dan bawah dia ada anak-anak team lagi. Kesian sangat dengan agent/stokis seperti itu.

Founder terus menyepi. Agent/stokis dan anak-anak team dizalimi. I’m speechless dengan founder seperti ini.

BACA: Bahaya Merkuri Dalam Produk Kosmetik ‘Timbang Kilo’

Sumber: Muhammad Adib Pathologist