
Produk Berasas Kelapa Dari Thailand Diboikot Gara-Gara Dakwaan Guna Monyet Petik Buah
Sejumlah besar rangkaian pasar raya Britain dilapor telah bertindak mengecualikan kesemua produk Thailand yang berasaskan daripada kelapa untuk dijual di premis mereka.
Tindakan tegas boikot berkenaan dilakukan setelah terbongkar laporan bahawa Thailand selama ini eksploitasi monyet sebagai buruh paksa di ladang negara itu untuk petik buah tropika tersebut.
Memetik laporan penyelidikan sebuah organisasi kebajikan haiwan dikenali sebagai PETA Asia, spesies primat itu malah turut dikerah berlatih bagi panjat pokok kelapa dan kupas kulit buahnya.
Pengusaha ladang kelapa komersial terbabit dipercayai berjaya menghasilkan pelbagai produk hiliran berkualiti tinggi untuk dieksport ke Barat termasuk berbentuk santan, tepung dan minyak.
Setakat ini, jaringan pasar raya Waitrose, Ocado, Co-op dan Boots telah menarik balik produk Thailand itu, manakala Sainsbury’s dan Asda pula bakal berbuat demikian dalam masa terdekat.
“Kami berharap agar pembekal patuhi standard pengeluaran sepanjang masa dan tidak tolak ansur sebarang jenis salah guna haiwan dalam rantaian bekalan,” kata salah satu peruncit itu.
Begitu juga dengan Tesco dan Morrison’s yang sudah beri jaminan bahawa semua barangan berasaskan kelapa dihasilkan itu bebas tanpa penggunaan secara paksa buruh daripada monyet.
Menurut PETA Asia, beberapa petani kelapa yang disiasat mengaku monyet digunakan hasil produk jenama Aroy-D dan Chaokoh, dua pengeluar santan utama Thailand.
Hasil siasatan badan amal itu mendapati bahawa kera jantan tersebut diculik sejak usia kecil dari induknya di hutan secara haram sebelum dirantai dan dilatih bekerja di ladang kelapa tertentu.
Haiwan mamalia ini dikerah mengutip sehingga 1,000 biji buah berkenaan setiap hari berbanding keupayaan manusia normal hanya 80 biji serta dikurung di kandang sempit yang agak kotor.
Thailand sangkal dakwaan seksa monyet dalam industri kelapa
hailand menyangkal kenyataan aktivis haiwan yang mendakwa negara itu menyeksa monyet untuk memetik buah kelapa dan juga sebagai tarikan pelancongan.
Menteri Perdagangan Thailand, Jurin Laksanawisit menolak tuduhan tersebut dan menjelaskan ia bukanlah aktiviti utama industri itu.
“Terdapat perbezaan antara penuaian kelapa menggunakan monyet kerana tradisi atau untuk pelancongan, dan pengambilan kelapa dalam industri.
“Tidak memberi keuntungan untuk menggunakan monyet di dalam industri ini. Mereka mempunyai alat dan kaedah untuk memilih kelapa yang efisien dan mampu beri lebih keuntungan,” jelas Laksanawisit.