
Presiden Tanzania Dakwa Unsur Sabotaj Punca Kambing, Burung Puyuh Dan Betik Hidap COVID-19
Kes COVID-19 dilihat meningkat dengan mendadak di Tanzania sehingga menyebabkan rakyat dan Presiden Tanzania bimbang.
Meagui situasi berkenaan, Presiden Tanzania, John Magufuli teah meminta agar satu siasatan dijalankan bagi menyiasat perkara berkenaan.
Bimbang ada unsur sabotaj, kerajaan di bawah pimpinan John dikritik hebat pihak pembangkang kerana menganggap kerajaan telah menyembunyikan data sebenar kes positif COVID-19 di sana.
Yang turut menambah curiga beliau adalah ujian yang dijalankan pada kambing dan buah betik turut didapati positif dengan wabak pandemik itu selepas ujian dijalankan secara rambang kepada sampel bukan manusia. Sampel itu kemudiannya diserahkan kepada makmal untuk ujian lanjut tanpa kakitangannya tahu sumber asalnya.
BACA: Anjing Peliharaan Disahkan Haiwan Pertama Dijangkiti Covid-19
Hasil daripada ujian di makmal itu masih lagi didapati positif menyebabkan John memaklumkan kemungkinan penduduk Tanzania yang dihidapi COVID-19 sebenarnya tidak dijangkiti sususlan daripada masalah teknikal yang terjadi.
Sabtu lalu, John mengumumkan telah membuat tempahan rawatan herba untuk koronavirus seperti mana yang telah ditawarkan Presiden Madagascar.
Setakat ini Tanzania sudah mencatatakan 480 kes dengan jumlah kematian sebanyak empat orang dan keseluruhan sembuh sebanyak 399 kes.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Straits Times