
Presiden PENA Beri Cadangan Selamatkan Akhbar Utusan Daripada Ditutup
Penyanyi dangdut yang terkenal menerusi lagu “Ser Ser Ser” itu ingin melakukan amal kebajikan dengan berkongsi pahala bersama peminatnya. Ifa Raziah berkata dia tidak kisah menyingsing lengan mengambil tempahan nasi lemak Divas untuk disedekahkan di masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz, rumah orang tua dan rumah kebajikan.

Niat murni Ifa muncul apabila beberapa rakannya datang ke rumah dan meminta artis itu menyediakan nasi lemak. Pada saat itu dia terfikir untuk mengambil peluang ambil tempahan daripada peminatnya yang ingin bersedekah berkongsi pahala bersama-sama.
Artis yang memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Artis Versatil Popular dua tahun berturut-turut itu bersyukur dapat lakukannya tanpa memikirkan soal pulangan yang diterima.
https://www.instagram.com/p/BqEStPKHHjm/?utm_source=ig_web_copy_link
Menerusi laman Instagramnya, nasi lemak itu dijual pada harga RM1 sebungkus dengan menetapkan tempahan minimum 30 bungkus seorang. Sebagai permulaan, ifa bersama kakitangannya memilih untuk menghantar tempahan itu di lokasi berdekatan seperti masjid, pusat tahfiz atau badan kebajikan.
Sajian nasi lemak Divas itu istimewa daripada air tangan Ifa Raziah sendiri. Dia berhasrat usahanya itu dapat menerima ganjaran pahala bersama mereka yang ingin bersedekah dan berharap akan meneruskannya secara berterusan jika tiada apa-apa halangan.
Pembaca yang turut ingin bersedekah boleh merujuk di Instagram Ifa Raziah mengenai tempahan nasi lemak Divas.
Sumber: Berita Harian