
Presiden Filipina Tidak Bergurau, Saran Rakyat Miskin Cuci Topeng Muka Guna Minyak Tanah
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyarankan agar orang ramai yang kurang berkemampuan mendapatkan bekalan alkohol membersihkan topeng muka dengan menggunakan minyak tanah.
Saranan beliau nyata menimbulkan kerisauan orang ramai kerana sebelum ini beliau turut pernah menyarakan perkara sama di samping menegaskan saranan tersebut bukan gurauan.
Menurut Duterte, sekiranya tiada alkohol, pergi ke stesen minyak dan ambil satu titik minyak petrol untuk dijadikan sebagai pembasmi kuman. Selain minyak petrol, alkohol dan minyak tanah ‘dikategorikan’ Duterte sebagai pembasmi kuman.
Kenyataan beliau kemudiannya diperbetulkan semula pegawainya yang mengatakan tip membersihkan topeng muka yang disarankan Duterte tidak disarankan oleh pegawai kesihatan.

Saban hari, kes penularan COVID-19 di Filipina semakin meningkat.
Lebih sejuta pegawai perubatan termasuklah doktor dan jururawat dilaporkan sedang bertempur melawan wabak tersebut daripada menular dengan lebih buruk. Malah mereka ini juga mendesak agar perintah berkurung di Manila diadakan semula bagi mengurangkan penularan wabak pandemik tersebut di sana.
Pertengahan Mac lalu, Duterte telah melaksanakan perintah berkurun yang disifatkan beliau sebagai paling lama dan paling ketat di dunia. Namun bagi memulihkan ekonomi, perintah berkurung mula dilonggarkan bermula Jun bagi membolehkan sektor ekonomi negara bergerak semula.
BACA: Hishammuddin Bidas Kenyataan Setiausaha Luar Filipina Selepas Dakwa Sabah Bukan Dalam Malaysia
Setakat hari ini, Filipina sudah mencatatkan lebih 98,232 kes dengan penambahan hari ini sebanyak 4,963 kes. Bilangan angka korban yang meningkat kepada 2,039 orang telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan petugas kesihatan di sana.
Sumber: Straits Times, Astro Awani