YouTuber ‘Prank’ Acah-Acah Pukul Orang Ramai Boleh Dikenakan Hukuman Undang-Undang 1

‘Prank’ Acah Pukul Orang Sebenarnya Perbuatan Jenayah, Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Prank acah pukul orang sebenarnya perbuatan jenayah, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Beberapa hari lalu, seorang pembuat kandungan YouTube teruk dikecam susulan video prank yang dihasilkan beliau dilihat agak melampau.

Dalam satu permohonan maaf, YouTuber yang dikenali sebagai Mizan Majid itu menjelaskan video prank berkenaan dibuat adalah untuk tujuan eksperimen sosial bagi melihat reaksi orang ramai.

YouTuber ‘Prank’ Acah-Acah Pukul Orang Ramai Boleh Dikenakan Hukuman Undang-Undang 2
Sumber: Mizan Majid

“Kami mohon maaf dan tahu prank macam tu bukan budaya orang Malaysia dan orang Melayu kita. Harap kau orang maafkan kita orang. Iyalah, semua manusia melakukan kesilapan.

Tujuan kami buat video pada jam tiga pagi ini semata-mata untuk bagi kau orang faham yang kami bukan saja-saja nak menganiaya orang.

Sebenarnya tujuan kami buat video tersebut untuk menghiburkan kau orang. Lagi pun kita orang dah plan walau apa pun yang terjadi jangan sentuh body atau muka orang.

Kita bukan nak tampar betul-betul, cuma gertak.”

Biarpun sudah memohon maaf, tahukah anda perbuatan prank ini sebenarnya boleh termasuk dalam kategori jenayah?

BACA: Hukuman Penjara 10 Tahun Menanti YouTuber Lepas ‘Prank’ Plastik Daging Korban Isi Sampah

Menurut seorang peguam, Mufarwa Farid, walaupun ia berniat untuk prank, perlakuan jenayah yang acah-acah tetap satu jenayah yang termaktub dalam Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ‘menakutkan secara jenayah’.

“Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”

Mangsa-mangsa boleh membuat laporan polis mengenai tindakan YouTuber ini.

Menurut beliau lagi, kita boleh menakutkan atau melakukan prank tetapi tidaklah dengan perbuatan jenayah seperti menakutkan dengan lagak ingin memukul, serangan dengan senjata, membunuh atau merogol.