
Pra-Diabetes Boleh Dipulihkan. Ini Caranya
Malaysia merupakan negara paling “manis” di Asia. Dengan kadar diabetes setinggi 17.5%, dipercayai bahawa 3.5 juta rakyat Malaysia hidup dengan diabetes hari ini.
Trend yang membimbangkan ini akan berterusan dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 30% menjelang 2025.
Laporan terbaru daripada The Sun Life Malaysia melalui ‘2022 Brighter Health Screening Programme’ telah menunjukkan bahawa 41% daripada 6,892 saringan, 2 daripada 5 rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai bacaan glukosa darah tinggi dan berisiko untuk mengidap diabetes jenis 2.
BACA: Pemakanan Tidak Sihat, Jumlah Pesakit Diabetes Di Kalangan Remaja Semakin Meningkat
Diabetes vs Pra-Diabetes
Diabetes adalah gangguan yang menjejaskan cara badan anda menggunakan glukos di mana sel kita mendapat tenaga.
Diabetes jenis 1 terjadi akibat tindak balas autoimun yang menghalang badan anda daripada menghasilkan insulin.
Tanpa insulin, glukosa tidak dapat dipindahkan dari aliran darah ke dalam sel.
Dengan Diabetes Jenis 2, badan anda masih boleh menghasilkan insulin tetapi tidak dapat menggunakannya dengan efisien.
Gejala diabetes termasuk membuang air kecil dengan kerap, berasa sangat dahaga, kerap lapar dan penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
Menurut Dr Wan Juani Wan Seman, Pakar Endokrinologi di KPJ Selangor, pra-diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat memproses karbohidrat secara normal, menyebabkan paras gula dalam darah lebih tinggi daripada julat yang disyorkan tetapi tidak cukup tinggi untuk memenuhi kriteria untuk diagnosis diabetes.
Ringkasnya, ia adalah keadaan sebelum perkembangan diabetes. Ujian darah diperlukan untuk mendiagnosis pra-diabetes jika ia tidak bergejala.
Malah, data daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati 1 daripada 5 orang dewasa atau lebih 3.9 juta rakyat Malaysia, menghidap diabetes, di mana kira-kira 50% daripada mereka tidak didiagnosis.
Sekiranya trend membimbangkan ini berterusan, ia dijangka akan menjejaskan 7 juta orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas menjelang 2025.
Adalah penting untuk mengenal pasti pra-diabetes kerana anda boleh menghalang perkembangan diabetes dan menghalang pesakit daripada menghidap diabetes.
Komplikasi Kesihatan Pra-Diabetes
Tidak seperti namanya, pra-diabetes bukanlah pra-masalah. Ini adalah tanda awal bahawa anda sememangnya mempunyai masalah metabolik, dan hanya sekarang pankreas anda tidak dapat memenuhi keperluan gula darah anda.
Walaupun kebanyakan orang yang menghidap pra-diabetes tidak mempunyai simptom, ia adalah keadaan kesihatan yang serius yang meletakkan seseorang pada risiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2.
Apabila pra-diabetes berkembang menjadi diabetes jenis 2, risiko masalah kesihatan yang serius akan meningkat.
Komplikasi ini termasuk penyakit buah pinggang, buta dan kerosakan saraf, penyakit jantung, penyakit arteri periferal dan strok.
Jika diabetes terjadi di dalam keluarga anda, anda berkemungkinan untuk menghidap pra-diabetes dan menghidap diabetes.
Tahukah Anda Pra-Diabetes Boleh Dipulihkan?
Berita baiknya ialah nasib anda tidak ditentukan walaupun terdapat diagnosis diabetes dalam keluarga.
Menjadi aktif secara fizikal, mengamalkan diet yang sihat, dan menurunkan berat badan adalah semua langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko anda dengan ketara.
1 daripada 3 rakyat Malaysia percaya bahawa mengurangkan gula sudah mencukupi.
Hakikatnya walaupun pengambilan gula yang tinggi menyumbang kepada paras glukosa darah yang tinggi, ia
bukanlah satu-satunya faktor. Pengurusan diabetes yang optimum melangkaui pengurangan penggunaan gula.
Untuk beralih ke gaya hidup yang lebih sihat, anda tidak perlu mengubah seluruh gaya hidup anda secara mendadak.
Buat Perubahan Kecil Pada Gaya Hidup Anda
● Serat – Serat membantu anda mengawal usus, mengawal gula dalam darah, menurunkan kolesterol dan membantu pengurusan berat badan kerana ia membuatkan anda berasa kenyang.
Kekacang, epal, lobak merah, badam, brokoli dan bayam adalah cara mudah untuk memasukkan serat ke dalam diet anda.
Makanan rendah glisemik – Diet indeks glisemik (GI) rendah membantu untuk mengawal gula dalam darah dan penurunan berat badan pada penghidap pra-diabetes.
Ia termasuk makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan, lobak merah mentah, dan pisang.
● Saiz hidangan – Kadar pengambilan makanan yang tepat dan sesuai boleh membantu anda mengubah semula tabiat pemakanan anda dan membantu pengurusan berat badan.
● Minuman – Soda diet atau jus kurang gula adalah pilihan yang baik. Apa yang lebih baik adalah menukar minuman itu dengan air. Air juga boleh membantu anda berasa kenyang, yang membantu pengurusan berat badan.
● Intermittent fasting – Intermittent fasting boleh menjadi pilihan bagi sesetengah orang yang menghidap pra-diabetes.
● Bersenam – Kehilangan 5% hingga 7% daripada berat badan anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat diabetes jenis 2. Berjalan pantas, lima kali seminggu selama 30 minit juga membantu.
● Tidur yang cukup – Tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan secara keseluruhan.
● Uruskan tekanan – Tekanan secara tidak langsung boleh meningkatkan paras gula di dalam darah dan menjadikannya lebih sukar untuk mengawal gula dalam darah.
Tekanan juga boleh mencetuskan pemakanan yang berlebihan dan mendapatkan makanan keselesaan yang biasanya bukan yang paling sihat.
Jika anda mempunyai pra-diabetes dan penyakit lain, berbincang dengan doktor tentang cara ia boleh menjejaskan tahap glukosa darah anda.
Maklumkan kepada doktor tentang rancangan perubahan gaya hidup anda – diet, senaman, pengurusan tekanan.
Walaupun diagnosis pra-diabetes tidak bermakna pesakit akan mengidap diabetes jenis 2 secara automatik, ianya adalah sesuatu yang serius.
Ianya boleh dipulihkan dengan mengamalkan langkah-langkah yang betul.
BACA: 10 Fakta Mengenai Penyakit Diabetes Di Kalangan Kanak-Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Trending now



