musaadah khaira

PPZ Lancar Inisiatif Musaadah Khaira Bantu Ringankan Beban Ketika PKP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah melancarkan inisiatif Musaadah Khaira bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Melalui bantuan ini, anda boleh memohon Musaadah Khaira sebanyak RM300 tunai one off secara online.

Bantuan ini boleh dimohon oleh semua Warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Antara objektif utama yang PPZ cuba ketengahkan dengan inisiatif ini adalah:

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  • Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

Syarat-syarat permohonan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja berbilang bangsa dan agama.
  • Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  • Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
  • Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon

Bukti Pengenalan Diri – Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.

Bukti Pendapatan – bagi yang bekerja, slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.

Bukti Perniagaan – Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.

Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Dokumen-dokumen ini perlu dimuatnaik ke dalam borang online.

Proses permohonan adalah dalam tempoh 7 hari. Pemohonan ini telah dibuka bermula 1hb April 2020. 

https://www.facebook.com/myzakat/posts/3660004550707605?__cft__[0]=AZXHLahcmtG_BC8VHgo2ioOoQZVdzIGtLFAI3CswOYihIKGcKa0M8dyxoj-h3kaNxdUui7PPW8ztNwqUXGq67rUOkGKd1RClx9_DpPUNcjWzKbiUoCGrA0QqxazrM2_fyEg8fwMZjCWf8rmej3F8IGS2lmtHNQheQ_XwQPCDwqBNMg&__tn__=%2CO%2CP-R

Cara memohon bantuan Musaadah Khaira

musaadah khaira 3

1. Layari laman rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/

musaadah khaira 5

2. Isi maklumat lengkap peribadi anda

musaadah khaira

3. Nyatakan alamat terkini

musaadah khaira

4. Isi maklumat tanggungan anda

musaadah khaira

5. Muat naik dokumen bukti yang berkaitan

musaadah khaira

6. Maklumat yang telah diisi akan terpapar untuk semakan dan hantar

musaadah khaira

Selesai!

Permohonan anda kini sedang diproses.

Bantuan akan disalurkan dalam tempoh 7 hari kepada pemohon yang layak.

musaadah khaira

Sebarang permasalahan boleh hubungi bahagian PPZ di sini.

Sumber: Musaadah Khaira PPZ