Jho Low Taja The Malaysian Insider

Portal The Malaysian Insider Didakwa Terima Tajaan Jho Low

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ahli perniagaan yang sedang diburu kerana dikatakan terlibat dengan skandal 1MDB, Jho Low dikatakan telah menaja portal The Malaysian Insider (TMI) dengan nilai USD9 juta (RM37.5 juta) pada tahun 2010.

Penajaan dengan tujuan ‘meredakan ketegangan antara The Malaysian Insider dan kumpulan pro-Najib’. Jho Low yang juga sekutu rapat Najib baru sahaja memeterai perjanjian usaha sama antara PetroSaudi International Ltd dan 1MDB setahun lalu.

Daripada laporan The Edge, portal The Malaysian Insider sudah tidak menjalankan operasi selepas penulis blog Umno mendakwa laman tersebut telah menjejaskan pentadbiran perdana menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Najib Razak pada 2016.

Walaupun memberikan alasan menamatkan operasi atas alasan komersial, ramai berpendapat tindakan tersebut mempunyai hubung kait dengan sekatan oleh SKMM berhubung dengan penerbitan artikel mengenai Najib Razak pada awal tahun itu.

Jho Low Taja The Malaysian Insider 1
Sumber: Vulcon Post

Portal The Malaysian Insider diasaskan pada tahun 2007 oleh usahawan Malaysia yang juga pengarah Efficient E-Solution Berhad, Vincent Cheah Chee Kong dan rakan kongsi niaganya, Shaik Aqmal Shaik Allaudin.

Mereka memulakan The Malaysian Insider bagi menyokong pertukaran pentadbiran daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Razak pada 2008 selain daripada membiayai syarikat PR Fox Communications Sdn Bhs yang bekerja untuk Jho Low dalam usaha sama Petro Saudi.

Walau bagaimanapun, pembabitan kedua-duanya tidak diketahui umum dan menerima tuduhan daripada kumpulan pro-Najib yang mengatakan bahawa portal tersebut telah mence,arkan nama baik kerajaan pada ketika itu.

Bagi meredakan ketegangan tersebut, Jho Low menaja untuk mengambil alih pembiayaan portal tersebut dengan bayaran USD9 juta tanpa mendedahkan namanya. Portal tersebut yang kemudiannya dijual kepada Edge Media Group, penerbit The Edge Malaysia pada 2014.

The Edge Media Group pula mendakwa pihak mereka hanya mengenali identiti salah seorang daripada pemegang saham dan tidak tahu menahu tentang pembiayaan Jho Low kepada laman tersebut.

Sumber: Edge Prop

Nak tiket tayangan perdana secara percuma? Tonton video di bawah.

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.