Polisi Kebumi Jenazah waktu Pejabat

Polisi Baharu Hanya Benarkan Jenazah Dikebumi Dalam Waktu Pejabat?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lapan siri letupan telah berlaku di beberapa gereja dan hotel mewah di Sri Lanka semasa sambutan Hari Easter semalam. Sehingga kini, jumlah terkumpul mangsa yang terbunuh adalah sekitar 207 orang dan 450 orang lagi dilaporkan cedera.

Letupan Sri Lanka

Letupan kelapan yang meledak semalam dilakukan oleh pengebom berani mati di pinggir utara kota Colombo telah menyebabkan tiga orang pegawai polis maut akibat daripada terkena runtuhan lantai rumah.

Letupan Sri Lanka

Kejadian pengganas yang menyasarkan hotel mewah dan gereja sebagai kawasan pengeboman itu telah menyebabkan 11 orang pelancong asing terkorban, antaranya dari Poland, Denmark, China, Jepun, Pakistan, Amerika Syarikat, India, Maghribi dan Bangladesh.

Berikutan dengan siri kejadian tersebut, lapan individu telah ditahan dan kesemua daripada mereka merupakan orang tempatan. Pihak berkuasa memberitahu, pihak mereka masih lagi menyiasat motif serangan sama ada mempunyai ‘hubungan dengan mereka di seberang laut’.

Letupan Sri Lanka

Selepas daripada kejadian tersebut, Kementerian Pertahanan Sri Lanka telah mengarahkan perintah berkurung yang berkuatkuasa mulai 6 petang semalam sehingga 6 pagi hari ini (waktu tempatan). Aplikasi media sosial turut disekat bagi mengelakkan berlakunya penyebaran maklumat palsu berkenaan dengan serangan tersebut.

Letupan Sri Lanka

Selain itu, Kerajaan Sri Lanka mengeluarkan kenyataan amaran mengenai aktiviti pelancongan di Sri Lanka berikutan dengan keadaan negara yang masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga.

Letupan Sri Lanka

Pejabat Luar Negeri Sri Lanka pula memberitahu para pelancong yang masih lagi mahu meneruskan hasrat mereka untuk melancong ke Sri Lanka dalam masa terdekat supaya sentiasa berhati-hati.

Sumber: The Independent

Bolehlah buat untuk buka puasa nanti.

5 Resepi Unik Oleh Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.