
Polis Tumpaskan Sindiket Pemalsuan Dokumen Keputusan Saringan COVID-19 Dalam Kalangan Warga Asing
Polis tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan saringan COVID-19 dalam kalangan warga asing.
BACA: Tak Beri Muka, DBKL Terus Gempur Aktiviti Perniagaan Haram Warga Asing Degil
Penahanan dua lelaki warga Bangladesh oleh pihak polis semalam membongkar sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif.
Tangkapan yang dilakukan di dua premis berasingan di Jalan Alor, kuala Lumpur oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) jam 5.40 petang semalam mendapati premis yang sudah beroperasi selama dua minggu lalu menjual setiap dokumen palsu dengan harga RM50.
Tapak yang disewa sebanyak RM600 sebulan itu mula beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 9 malam itu menyasarkan warga asing yang mana kelompok ini sedang ‘diburu’ demi memastikan negara selamat daripada wabak pandemik COVID-19.
“Penjaga premis akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.
Sasaran pelanggan dipercayai warga asing. Kedua-dua suspek di dua premis berkenaan bekerja dengan dua lelaki tempatan dan anggaran gaji suspek antara RM1,500 hingga RM1,700 sebulan.”
Antara barangan yang dirampas adalah dua komputer riba, tiga mesin pencetak, dua mesin laminator, empat kertas yang dipercayai dokumen palsu keputusan COVID-19 dan wang tunai berjumlah RM1,331 bagi membantu siasatan.
Kes yang disiasat mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 48 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.